Skip to main content

Hiburan

Sarung Busana Pua Kumbu, Zoe Saldana & Oona Chaplin Tergamam Tengok Daniel Cheang - “2 Minit Borak Pasal…”

Daniel Cheang

Busana yang digayakan oleh pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang berjaya menyorot perhatian pelakon Avatar: Fire And Ash.

Mengayakan kain tenunan tradisional masyarakat Iban di Sarawak iaitu Pua Kumbu, Daniel berjaya membuat Zoe Saldana dan Oona Chaplin kagum saat pertama kali melihat dia masuk ke ruang temu bual.

Malah Zoe juga memuji busana yang dikenakan oleh Daniel Cheang.

“Ia sangat cantik,” kata Zoe.

Lebih menarik Daniel atau nama lengkapnya, Daniel Cheang Adenan Cheang,30, berkata 2 minit pertama pertemuannya bersama barisan pelakon itu dihabiskan dengan berbual mengenai  busana yang dipakainya.

“2 minit pertama habis sembang pasal Pua Kumbu,” katanya.  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji Daniel kerana membawa tradisi kaum Iban itu ke mata dunia.

Must-Watch Video

Advertisement