Skip to main content

Hiburan

“Saya Bukan Berdiam Diri Tapi Bertindak Atas Nasihat Peguam Saya” - Beby Maembong

vff

Sekilas

  • Beby Maembong menegaskan dia tidak mengelak daripada menjawab panggilan pihak tertentu dan bertindak mengikut nasihat peguam dalam isu saman yang dihadapinya.
  • Beliau menegaskan media sosial bukan platform sesuai untuk menyelesaikan isu undang-undang dan akan mempertahankan diri melalui saluran yang betul.
  • Usahawan kosmetik Safiey Illias memfailkan saman menuntut ganti rugi RM80 juta terhadap Beby atas dakwaan menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Beby Maembong tampil bersuara dipercayai berkaitan tindakan undang-undang yang melibatkan dirinya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Beby menegaskan dia tidak mengelak daripada menjawab panggilan mana-mana pihak, namum hanya memilih untuk bertindak mengikut nasihat peguam. 

vdv

“Assalamualaikum. Tiada sebab untuk saya mengelak panggilan. Dan tiada kewajipan untuk saya masuk ‘live’ yang tidak membawa sebarang manfaat kepada saya. Level kita tak sama.

“Saya bukan berdiam diri, tetapi bertindak atas nasihat peguam saya,” tulisnya.

Menurut Beby, media sosial bukan platform yang sesuai untuk menegakkan keadilan atau menyelesaikan isu melibatkan undang-undang, sebaliknya perkara tersebut perlu ditangani melalui saluran yang betul.

“Media sosial bukan tempat untuk saya menegakkan keadilan atau menyelesaikan perkara undang-undang.

“Saya akan mempertahankan diri dan menegakkan keadilan melalui saluran yang betul,” katanya lagi.

Terdahulu, usahawan kosmetik Safiey Illias dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Beby Maembong.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Safiey atau nama sebenarnya Mohd. Safiuddin Ilias dilaporkan menuntut ganti rugi berjumlah RM80 juta atas dakwaan perbuatan yang dikatakan telah menjatuhkan reputasi serta nama baik dirinya, syarikat dan ahli keluarganya.

Dalam masa sama, Safiey turut menuntut Beby menjelaskan bayaran RM80 juta itu dalam tempoh tujuh hari.

Difahamkan, tuntutan tersebut dibuat selepas Safiey dimaklumkan oleh pengikutnya mengenai satu hantaran di platform X milik Beby Maembong yang didakwa menuduh dirinya telah disenaraihitamkan oleh pihak bank serta beberapa pihak lain.

Must-Watch Video

Advertisement