Skip to main content

Hiburan

“Saya Nampak Posting Itu” - Aina Abdul 'Malas' Layan Sentimen Negatif Rakan Artis

“Saya Nampak Posting Itu” - Aina Abdul 'Malas' Layan Sentimen Negatif Rakan Artis

Sekilas

  • Aina Abdul sedar tentang pelbagai hantaran negatif mengenai dirinya selepas AJL40 tetapi memilih untuk tidak membalas kerana percaya artis patut saling meraikan.
  • Dia mengakui sukar untuk mengenal pasti siapa kawan atau lawan dalam industri seni dan mengingatkan agar tidak membalas negatif dengan negatif.
  • Aina menegaskan penting untuk terus fokus pada kerja dan peminat, serta mengajak semua untuk berfikiran positif dan buat lebih baik pada tahun 2026.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyedari wujud pelbagai hantaran mengenai dirinya sewaktu menyertai Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) baru-baru ini.

 

Advertisement

Menurut Aina, dia sempat membaca hantaran berkenaan tetapi tidak melihat sebarang keperluan untuk membalas atau memanjangkan perkara tersebut kerana berpendapat golongan artis seharusnya saling meraikan antara satu sama lain.

 

“Ya, saya nampak posting itu. Benda-benda macam itu saya sempat baca tapi bagi saya, why do we need to live in a hate society? Kita patutnya meraikan sesama artis.

 

“Kita tahu kesusahan masing-masing, kita tahu menjadi anak seni ini bukan ada hari yang indah sahaja. Kita tahu kesusahan masing-masing.

 

“Kalau kesusahan datang daripada penonton, mereka tak tahu tentang kehidupan kita. Tapi jika datang daripada rakan-rakan artis, kadang-kadang saya tertanya-tanya, kenapa? Kenapa kita perlu jadi begitu negatif?

 

“Tapi saya tak menjuruskan ini kepada sesiapa. Saya harap mereka gembira dengan apa yang mereka lakukan. Saya di sini teruskan kerja saya dan terus berfikiran positif. Sebab saya tahu benda yang saya buat ini mungkin bukan untuk mereka, tetapi untuk peminat saya yang menghargai seni saya. Sebab kata Abang Noh, art kami untuk kami,” katanya kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, Aina turut mengakui pengalaman dalam industri mengajarnya bukan mudah untuk seseorang mengenal pasti  siapa yang benar-benar menjadi rakan atau sebaliknya.

 

“Itulah kehidupan, kita takkan tahu siapa rakan kita. Saya harap semua orang yang membaca kisah ini dapat sedikit memberi pengajaran kepada mereka.

 

“Tak kisahlah kita jumpa siapa yang selalu dalam hidup kita, kita tak akan tahu orang itu kawan atau lawan,” ujarnya.

 

Justeru, Aina berpendapat tindakan terbaik apabila berdepan individu yang dianggap sebagai ‘lawan’ adalah tidak membalas dengan tenaga negatif yang sama.

 

Sebaliknya, dia mengingatkan agar setiap individu terus bergerak ke hadapan dan memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.

 

“Jadi apa yang paling penting sebenarnya bukan tahu dia kawan atau lawan, tapi walaupun kita tahu dia lawan awak, jangan sambung negativity itu, teruskan jalan.

 

“Jaga diri, ini tahun 2026. Kita patut buat lebih baik,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement