Skip to main content

Berita

Kanak-Kanak Lima Tahun Maut, Kereta Dinaiki Terlibat Nahas Enam Kenderaan

Kanak-kanak maut kemalangan

Sekilas

  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki bersama bapanya terbabit dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
  • Kemalangan berlaku apabila Perodua Bezza dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BYD Seal, menyebabkan kenderaan itu berpusing dan melanggar tiga kenderaan lain.
  • Pemandu BYD Seal yang melarikan diri selepas kemalangan berjaya dikesan dan kini menerima rawatan di hospital, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Advertisement

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas kereta dinaiki bersama bapanya terbabit dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur pada Sabtu.

 

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.44 petang itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang belakang Perodua Bezza mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika aliran trafik bergerak perlahan dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.

Advertisement

 

"Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta BYD Seal.

 

“Pelanggaran tersebut turut melibatkan sebuah motosikal sebelum Perodua Bezza berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

 

Beliau berkata, pemandu Perodua Bezza mengalami luka di tangan kanan, manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC, lelaki berusia 33 tahun, cedera di bahagian kepala.

 

"Kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Sementara itu, pemandu Nissan Almera berusia 28 tahun, pemandu Toyota Alphard berusia 37 tahun dan pemilik Perodua Myvi, seorang wanita berusia 30 tahun, tidak mengalami kecederaan," katanya.

 

Mohd Zamzuri berkata, pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang meninggalkan lokasi kejadian selepas kemalangan itu berjaya dikesan pihak JSPT Kuala Lumpur.

 

"Lelaki berkenaan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kecederaan gegaran otak dan masih dalam pemantauan pegawai penyiasat.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 

Mohd Zamzuri berkata, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee menerusi talian 03-2071 9999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber - Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement