Sekilas
- Mila Jirin akhirnya buka mulut mengenai kontroversi dakwaan tidak membayar caruman KWSP selepas lama berdiam diri.
- Dia berkongsi cerita sebenar bukan untuk minta simpati, tapi untuk beri gambaran lengkap tentang isu tersebut.
- Mila juga jelaskan dia utamakan kebajikan pekerja walaupun banyak syarikat terpaksa tutup atau kurangkan pekerja semasa PKP.
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin, akhirnya tampil bersuara selepas dihimpit kontroversi berkaitan dakwaan tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, Mila memaklumkan bahawa sudah tiba masanya untuk dia berkongsi kisah sebenar daripada sudut pandangnya sendiri selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri.
Menurut Mila, perkongsian tersebut bukanlah bertujuan untuk meraih simpati daripada orang ramai, sebaliknya bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh mengenai isu yang sedang diperkatakan.
“Ada perkara yang saya simpan agak lama. Hari ini, saya memilih untuk berkongsi keseluruhan cerita daripada sudut pandang saya sendiri.
“Bukan untuk meminta simpati tetapi supaya masyarakat mendapat gambaran yang lebih lengkap. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita,” katanya.
Pada masa sama, Mila menjelaskan dia lebih memilih untuk menjaga kebajikan pekerjanya meskipun sewaktu Perintah Kawalan Pergerkan (PKP) dilaksanakan kebanyakan syarikat terpaksa ditutup atau mengurangkan perkerja.
Berikut merupakan perkongsian penuh Mila Jirin:






