Skip to main content

Hiburan

“Saya Rasa Tiada Apa Nak Dibanggakan Jadi Artis, Ia Hanyalah Pekerjaan Saya Sahaja” - Adam Corrie

VFVDFD

Sekilas

  • Adam Corrie berkongsi pandangannya bahawa kerjaya artis bukan sesuatu yang perlu dibanggakan, sebaliknya ia hanyalah satu pekerjaan seperti lain-lain.
  • Beliau menegaskan bahawa tanggapan negatif terhadap artis wujud, tetapi tidak semua artis seperti itu.
  • Adam juga mengingatkan bahawa setiap manusia ada kelemahan dan berharap agar kita semua dilindungi serta diampuni oleh Allah.

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie tampil berkongsi pandangannya mengenai kerjaya sebagai artis.

Perkara itu dikongsikan Adam menerusi satu hantaran di media sosial selepas memuat naik tangkap layar komen seorang individu yang berpendapat bahawa artis dan kemungkaran seolah-olah tidak dapat dipisahkan.

FFVF

Menurut Adam, 56, dia sendiri tidak pernah menganggap status sebagai artis sebagai sesuatu yang perlu dibanggakan, sebaliknya melihat kerjaya itu sekadar satu bentuk pekerjaan seperti profesion lain.

“Saya sebagai artis, saya rasa tiada apa nak dibanggakan jadi artis. Ia hanyalah pekerjaan saya sahaja.

“Sebab tanggapan orang terhadap artis selalunya dicop negatif. Tidak semua… tapi ada,” tulisnya.

Dalam masa sama, Adam yang kini aktif dalam bidang keusahawanan turut mengingatkan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Setiap insan ada baik buruknya kerana kita manusia tidak sempurna. Semoga kita dilindungi dan diampuni oleh Allah serta ditutup aib kita di dunia dan akhirat. Amin,” kongsinya lagi.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement