Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Berniat Kurang Ajar Tapi I’ve Had Enough” - Anak Betty Banafe

Betty Banafe

Sekilas

  • Julia Claire Dargus, anak kepada Betty Banafe, menjelaskan dia tidak berniat kurang ajar terhadap bapanya walaupun konflik keluarga sudah berlarutan hampir lapan tahun.
  • Julia berharap keluarganya dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni serta menegaskan masih menyayangi bapanya walaupun situasi yang berlaku.
  • Betty Banafe mengakui penat dengan konflik mahkamah yang berterusan sejak perpisahan dengan bekas suami Bruce Dargus, yang melibatkan banyak kes saman dan urusan hak penjagaan anak.

Anak kepada pelakon Betty Banafe iaitu Julia Claire Dargus tampil menjelaskan situasi yang berlaku selepas tularnya video melibatkan keluarganya beberapa hari yang lalu.

Menerusi TikTok, Julia menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk bersikap kurang ajar terhadap bapanya namun mengakui dirinya sudah penat menghadap konfkil keluarga yang berlarutan hampir lapan tahun.

Ujarnya, apa yang dimahukan ketika ini hanyalah melihat keluarganya hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Melalui video ibu saya yang tular sebelum ini, apa yang saya ingin jelaskan ialah saya tiada langsung niat untuk bersikap kurang ajar.

“Sebetulnya saya sudah penat untuk berhadapan dengan isu ini yang sudah bertahun-tahun berlarutan namun masih belum selesai.

“Saya hanya mahukan kehidupan yang harmoni dan tenang seperti keluarga lain. Saya bersyukur kerana mempunyai ibu yang kuat dan sentiasa berada di sisi saya,” luahnya.

Dalam masa yang sama, Julia yang baru saja berusia 13 tahun ini menegaskan bahawa dia masih menyayangi bapanya di sebalik apa yang sedang berlaku ketika ini.

“Kepada ayah, jika awak melihat video ini, awak tetap ayah saya,” luahnya.

Terdahulu, tular satu video memaparkan bekas suami Betty iaitu Bruce Dargus yang hadir ke kediaman aktres iti bersama ahli keluarganya serta peguam bagi urusan berkaitan anak mereka.

Selepas penularan itu, Betty kemudiannya mengakui emosinya penat apabila konflik mahkamah dengan bekas suami masih belum selesai walaupun mereka telah lama berpisah.

“Saya sudah masuk tahun kelapan turun naik mahkamah hampir setiap bulan. Ada 17 kes saman difailkan termasuk lima komital, sedangkan banyak perkara langsung tiada kaitan dengan hak penjagaan sementara,” jelasnya

Untuk rekod, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 13 dan Bruce Dean Dargus, 10.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement