Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Tak Boleh Pentingkan Diri, Ada Orang Lain Yang Perlu Saya Hargai" - Siti Nurhaliza

"Saya Tak Boleh Pentingkan Diri, Ada Orang Lain Yang Perlu Saya Hargai" - Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan dia tidak akan menarik diri daripada Anugerah Industri Muzik (AIM) kerana mahu memberi ruang kepada bakat baharu dalam industri muzik.
  • Dalam sidang media AIM25, Siti berkongsi bahawa setiap album baharu memerlukan penerokaan formula muzik yang berbeza, termasuk kolaborasi dengan generasi muda dan Gen Z.
  • Di AIM25, Siti membawa pulang empat trofi termasuk Vokal Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik, serta menerima 14 pencalonan untuk album terbarunya, ‘Gema Bumantara’.
Advertisement

Selepas lebih tiga dekad berada dalam industri muzik, mungkin ada yang berpandangan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak lagi perlu bersaing dalam mana mana anugerah.

Namun, Siti menegaskan dia tidak mempunyai alasan untuk menarik diri daripada Anugerah Industri Muzik (AIM) kerana pengiktirafan itu bukan hanya mengenai dirinya sebagai penyanyi.

Advertisement

Sebaliknya, penyanyi berusia 47 tahun itu mahu terus memberi ruang kepada bakat baharu termasuk komposer dan penggiat muzik muda yang terbabit dalam penghasilan karyanya untuk turut mendapat pengiktirafan.

“Mungkin untuk anugerah lain, saya bersedia untuk menarik diri. Saya pernah buat begitu ketika Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

“Tetapi untuk AIM, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri kerana ada orang lain yang perlu saya hargai. Ini adalah pentas terbaik untuk mereka. Jadi, tidak ada alasan untuk saya menarik diri,” katanya.

Siti berkata demikian pada sidang media AIM25 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada Sabtu.

Sepanjang kariernya, Siti sudah merakamkan 21 album dan baginya, setiap penghasilan karya baharu menuntut seseorang artis untuk terus mencari formula serta meneroka pendekatan berbeza.

Advertisement

“Di pentas AIM ini sebenarnya setiap tahun apabila menghasilkan album, kita mencari formula baharu. Jadi, kita kena terus meneroka,” katanya.

Mengulas album terbaharunya, ‘Gema Bumantara’, Siti mengakui pendekatan muzik tradisional yang dibawa menerusi karya itu turut menerima pandangan berbeza.

“Ketika mula mula saya keluarkan album ‘Gema Bumantara’, ada yang memberikan pandangan, kebanyakannya positif. Cuma ada segelintir yang berpendapat kalau muzik tradisional, ia perlu benar benar tradisional.

“Bagi saya, kita perlu bijak mengikut arus perdana. Kalau saya menghasilkan album, saya mahu memberi peluang kepada anak muda menerusi kolaborasi dengan generasi baharu dan Generasi Z (Gen Z),” katanya.

Menurut Siti, kolaborasi bersama bakat muda bukan sahaja membuka peluang kepada generasi baharu, malah memberikan dirinya perspektif dan pengalaman berbeza dalam menghasilkan muzik.

“Sebenarnya, kolaborasi itu memberi saya banyak ilmu dan variasi kepada setiap album saya. Kalau tidak, kita tidak akan dapat melihat pencipta pencipta muda naik ke pentas seperti yang kita saksikan tadi,” katanya.

Pada AIM25, Siti membawa pulang empat trofi iaitu Vokal Wanita Terbaik menerusi ‘Kesuma’, Lagu Tradisional Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi ‘Pesanan Buat Diri’, selain Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa menerusi ‘Cenderamaya’.

Siti sebelum itu mendominasi AIM25 dengan 14 pencalonan termasuk Album Terbaik menerusi ‘Gema Bumantara’.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement