Skip to main content

Hiburan

Sebab Tak Solat, Fara Mendoza Reject! Nak Cari Suami Jaga Tiang Agama - “Ramai Tanya Kenapa Tak Kahwin Dengan Dia…”

Fara Mendoza

Sekilas

  • Fara Mendoza berkongsi bahawa ciri utama lelaki pilihan hatinya adalah yang menjaga solat dan berpegang pada ajaran agama.
  • Dia menegaskan walaupun lelaki itu kaya, jika tidak solat, dia akan menolak untuk menjadikan mereka suami.
  • Fara juga mendedahkan sebab dia tidak meneruskan hubungan dengan bekas kekasihnya adalah kerana lelaki itu tidak solat.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Fara Mendoza berkongsi ciri lelaki yang menjadi pilihannya untuk dijadikan sebagai suami dan teman hidup.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Norfaralinah Md Yunus ini memaklumkan bahawa dia meletakkan ciri lelaki yang menjaga solat sebagai keutamaan utama dalam memilih pasangan hidup.

Advertisement

Menurut Fara, dia hanya mahukan seorang suami yang menunaikan solat dan berpegang teguh pada ajaran agama.

“Maaf cakap, kaya macam mana pun kalau langsung tak solat, saya reject!

“Tak boleh! Saya nak suami yang solat, titik,” kongsinya.

Tambah Fara, disebabkan itu juga dia memilih untuk tidak meneruskan hubungan dengan bekas kekasihnya.

“Ramai tanya kenapa tak kahwin dengan dia? Kenapa tak jadi dengan dia?

“Rules number one, sebab dia tak solat,” ujarnya.

Terdahulu, Fara dikatakan menjalin hubungan dengan seorang pempengaruh dan usahawan selepas tular beberapa hantaran memaparkan mereka sering keluar bersama.

Walau bagaimanapun, hubungan itu difahamkan tidak berkekalan selepas pempengaruh itu selamat melangsungkan pernikahan bulan lalu.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement