Skip to main content

Hiburan

Sebak Tengok Aaron Aziz ‘Down’, Isteri Ambil Tindakan Undang-Undang Untuk Bersihkan Nama - “Lebih Menyedikan Bila…”

AARON AZIZ

Isteri kepada pelakon, Datuk Aaron Aziz iaitu Diyana Halik meluahkan rasa sebak apabila melihat suaminya berada dalam keadaan lemah dan beremosi susulan pelbagai kecaman serta fitnah yang dilemparkan terhadapnya di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Diyana berkongsi rasa pilu apabila melihat sisi rapuh Aaron yang selama ini menjadi tonggak kekuatan keluarga mereka.

Advertisement

“My husband is our strong figure in the house. Melihat dia rebah dan ditenangkan oleh anak bongsu kami benar-benar menyayat hati. 

“Lebih menyedihkan apabila dua anak kami yang lain turut menangis dari jauh. Ia menjadi detik hari lahir yang penuh duka buat Danish,” tulisnya.

Diyana dalam masa sama menasihati suaminya agar tidak malu menunjukkan kelemahan, kerana setiap manusia tidak lari daripada ujian dan perasaan sedih.

Selain itu, Diyana turut memohon bantuan orang ramai untuk berkongsi dengannya sebarang hantaran atau komen berunsur fitnah serta penghinaan terhadap suaminya yang mungkin belum sampai ke pengetahuannya.

“Dar, tidak mengapa untuk menunjukkan kelemahan, kamu juga manusia. Love you. 

“Pada masa yang sama, tolong kongsi dengan saya jika anda ternampak lagi sebarang hantaran atau komen berunsur buli, fitnah dan penghinaan. Ya, saya sudah kumpul banyak tetapi lagi banyak lagi baik  terutama jika ada dalam kalangan pempengaruh yang turut kongsi atau memberi komen. Terima kasih,” ujarnya.

Menerusi satu hantaran lain, Aaron turut dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam buli siber serta penyebaran fitnah membabitkan dirinya dan keluarga.

Pelakon filem Pisau Cukur itu  meluahkan rasa sedih apabila isu berkenaan turut memberi kesan emosi terhadap anak-anaknya.

Aaron mendapatkan khidmat peguam untuk membawa perkara tersebut ke muka pengadilan demi membersihkan nama dan melindungi maruah keluarganya.

Terdahulu, tular satu video suntingan yang menunjukkan seolah-olah aktor asal Singapura itu mempertikaikan tindakan aktivis kemanusiaan GSF, sekali gus membuatkan dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Aaron kemudian tampil mempertahankan diri dan meminta netizen menonton rakaman penuh temu bual berkenaan sebelum membuat sebarang andaian.

Dalam rakaman temu bual berlangsung dua minggu lalu, Aaron berpendapat selebriti tidak wajar dipaksa untuk bersuara mengenai isu Gaza dalam akaun media sosial mereka demi memenuhi kehendak netizen.

Tegas Aaron, dia tidak pernah mempertikai usaha mana-mana pihak dalam menyokong dan membantu rakyat Palestin.

Must-Watch Video

Advertisement