Sekilas
- Nur Sajat berkongsi momen bertemu dengan Datuk Seri Vida di Singapura melalui video yang menunjukkan mereka duduk semeja di sebuah gerai makan.
- Sajat menarik lengan bajunya dan menutup telapak tangan sebelum bersalaman sebagai usaha menjaga air sembahyang walaupun dalam keadaan dirinya sekarang.
- Netizen memberi pelbagai reaksi, ada yang memuji usaha Sajat menjaga batas, manakala sebahagian lagi berpendapat perbuatan itu tidak perlu dilakukan walaupun tiada sentuhan kulit.
Usahawan dan pempengaruh media sosial sensasi, Nur Sajat menyorot perhatian apabila berkongsi momen pertemuannya dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida di Singapura.
Menerusi video yang dikongsikan, Sajat dilihat sedang duduk semeja bersama Vida di sebuah gerai makan.
Memaklumkan sudah lama tidak berjumpa sahabat baiknya itu, Sajat kemudiannya bertindak mahu bersalaman dengan Vida.
Apa yang mencuri perhatian ialah, Sajat dilihat menarik lengan baju dan menutup telapak tangannya sebelum bersalaman.
“Hari ini saya jumpa Datuk Vida, lama tak jumpa. Datuk jom salam dulu (sambil tarik lengan baju).
“Kena jaga air sembahyang walaupun saya macam ini,” ujar Sajat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Sajat yang berusaha untuk menjaga batas ketika bersalaman dengan Datuk Seri Vida.
Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat perbuatan itu tidak wajah dilakukan meskipun mereka tidak bersentuhan kulit.
Sumber: TikTok