Skip to main content

Hiburan

Selepas Umum Mahu Buat Mini Konsert, Ramai Minta Duet Dengan Ajai, Ini Jawapan Nourul Deppp - “No”

nourul

Penyanyi popular era 90-an, Nourul Depp kini sedang mencari penganjur bagi merealisasikan impiannya menganjurkan sebuah mini konsert pada April 2026.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berkata, idea untuk mengadakan konsert itu tercetus selepas menerima banyak cadangan daripada peminat ketika menghadiri sebuah program nyanyian baru-baru ini.

Advertisement

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Kilauan Emas. Disebabkan kejutan itu, banyak cadangan dan pertanyaan untuk saya buat konsert.

“Dengan itu, saya dan pasukan bercadang untuk membuat mini konsert pada April 2026. Jadi, saya kini sedang mencari sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi penganjur konsert ini,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Dalam pada itu, ada juga segelintir peminat yang mencadangkan agar Nourul kembali berduet dengan bekas pasangan duetnya, Ajai.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Kerana Terluka itu secara ringkas menolak idea berkenaan.

“Kita nak duet Nurul & Ajai…!!!” tulis seorang pengguna media sosial.

no

“No,” balas Nourul ringkas.

no

Pun begitu, Nourul tidak menolak kemungkinan akan kembali menyanyikan lagu duet popularnya dahulu bersama penyanyi lelaki lain.

 

Must-Watch Video

Advertisement