Skip to main content
Advertisement

Rancangan Realiti

“Sembilan Kali ‘Flat Line’, Doktor Kata Tiada Harapan” – Azeva Natassha Sebak Kenang Detik Hampir Kehilangan Ibu, Syukur Dapat Beraksi Bersama Bapa Di Pentas TTMM

Astro Gempak 408

Sekilas

  • Azeva Natassha bersyukur dapat berkongsi pentas bersama kedua ibu bapanya dalam satu persembahan baru-baru ini.
  • Dia pernah kehilangan seorang ayah sejak kecil dan hampir kehilangan ibunya yang koma selama tiga hari tahun lalu.
  • Azeva menganggap peluang ini sebagai anugerah kedua untuk keluarganya terus bersama.
Advertisement

Anak kepada penerbit terkenal, Azeva Natassha meluahkan rasa syukur dan sebak apabila berpeluang berkongsi pentas bersama kedua-dua ibu bapanya di Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Menurut Azeva, momen tersebut sangat bermakna memandangkan dia pernah melalui detik kehilangan sejak kecil.

Advertisement

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang support kami semalam di TTMM. Azeva bersyukur dapat atas pentas bersama kedua-dua ibu bapa.

“Sedih sangat sebab Azeva dulu dah kehilangan seorang ayah dari umur tiga tahun, sekarang baru dapat bersama balik,” katanya.

dcvfdv

Tambahnya lagi, dia juga hampir kehilangan ibunya pada tahun lalu sehingga memberi kesan mendalam kepada dirinya.

Advertisement

“Dan mama, Azeva hampir kehilangan dia masa bulan Ogos tahun lepas. Mama masuk ICU tiga hari, ‘flat line’ sembilan kali dan doktor kata mama dah 99.9 peratus tiada harapan.

“Jadi Azeva faham memang semalam adalah momen yang sangat menyentuh untuk kami semua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azeva percaya peluang yang diberikan itu adalah anugerah kedua buat keluarganya untuk terus bersama.

“Tapi Tuhan kasi kami sekeluarga peluang kedua. Alhamdulillah,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Must Watch Video

Advertisement