Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Sentiasa Ada Ketika Susah Senang, Shuib Hargai Nabil Ahmad - “Terima Kasih Aji, Dari Dulu…”

Sentiasa Ada Ketika Susah Senang, Shuib Hargai Nabil Ahmad - “Terima Kasih Aji, Dari Dulu…”

Sekilas

  • Pelawak dan usahawan Shuib meluahkan rasa terima kasih kepada sahabatnya, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, yang sentiasa menyokongnya dalam susah dan senang.
  • Shuib berkongsi tangkap layar panggilan video bersama Nabil dan isterinya yang sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.
  • Shuib mendoakan agar urusan umrah Nabil sekeluarga dipermudahkan dan mereka dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana.
Advertisement

Pelawak dan usahawan Shuib meluahkan penghargaan kepada sahabatnya, pelawak serta pengacara Nabil Ahmad yang sentiasa berada di sisinya ketika susah dan senang.

Menerusi perkongsian di Threads, Shuib memuat naik tangkap layar panggilan video dirinya bersama Nabil dan isterinya yang sedang berada di Tanah Suci.

Advertisement

Dalam perkongsian tersebut, Shuib menyifatkan Nabil sebagai sahabat yang terus setia menemani perjalanan hidupnya sejak dahulu.

“Terima kasih Aji, dari dulu lagi sampailah sekarang sentiasa jadi sahabat yang ada di saat susah senang, suka dan duka.

“Terima kasih atas doa Aji dan isteri dari Mekah,” tulisnya.

Advertisement

Shuib turut menitipkan doa agar urusan ibadah umrah Nabil sekeluarga dipermudahkan serta dikurniakan kesihatan sepanjang berada di sana.

“Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga untuk umrah kali ini. Semoga Allah beri kesihatan pada keluarga Aji sepanjang mengerjakan umrah, selamat dunia dan akhirat.

“Sayang Aji dunia akhirat,” luahnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement