Sekilas
- Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi ucapan hari jadi ke-8 buat anaknya, Jebat Jayden Ahmad, di Instagram dengan penuh makna.
- Sharnaaz menyifatkan Jebat sebagai tulang belakang dan sumber kekuatannya serta menasihati anaknya supaya sentiasa merendah diri walaupun berjaya.
- Jebat adalah anak hasil perkahwinan Sharnaaz dengan usahawan Noor Nabila yang berpisah pada 2020.
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menyorot perhatian apabila menitipkan ucapan hari jadi istimewa buat anaknya, Jebat Jayden Ahmad yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-8 tahun pada 30 Ogos lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz yang memuat naik beberapa foto Jebat menitipkan ucapan penuh bermakna sambil menyifatkan anaknya itu sebagai tulang belakang buatnya.
“Happy birthday to my back bone, my strength.
“Awak ajar baba (Sharnaaz) setiap hari tentang bersyukur, and jadi baba yg baik walaupun dimata orang lain kita jahat dan tak guna.
“Tapi cukup di mata awak baba ni alright, dah complete hidup baba. Terima kasih jadi anak yang hebat buat baba,” luahnya.
Menerusi hantaran yang sama, pelakon filem Polis Evo 3 ini menitipkan pesan buat Jebat untuk menjadi seorang yang sentiasa merendah diri dalam hidup.
“Jadilah orang yang sentiasa tunduk ke buni walaupun berjaya berduit macam mana pun.
“Nasihat paling simple baba bagi kat awak sekarang ialah, beli lah topi murah berharga RM29 tapi bila you pakai dan jual balik, topi tu boleh bernilai RM2000.
“Ia bukan soal topi tapi ia soal awak menjadi sesuatu yang berharga,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Jebat merupakan anak hasil perkahwinan Sharnaaz dan usahawan, Noor Nabila.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 sebelum berpisah pada 9 Julai 2020.
Sumber: Instagram