Skip to main content

Hiburan

Siri Premium Good Boys Go To Heaven Raih Pujian, Episod Pertama Dah Buat Penonton Melalak

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, mendapat sambutan hangat dengan pujian netizen terhadap jalan cerita, sinematografi, dan lakonan mantap pelakon seperti Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson.
  • Penonton teruja dengan elemen thriller psikologi yang dibawakan, walaupun ada yang kecewa kerana siri ini hanya mempunyai beberapa episod sahaja.
  • Good Boys Go To Heaven mula ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra dan boleh distrim lebih awal melalui Astro GO dan aplikasi Sooka.
Advertisement

Sebuah siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven mula mencuri tumpuan dan menerima reaksi positif dari netizen di media sosial.

Filem yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan Zahirah MacWilson ini dilihat berjaya membuatkan ramai penonton terpukau meskipun baru episod pertama ditayangkan.

Advertisement

Meninjau ke platform Threads, rata-rata netizen memuji jalan cerita yang disifatkan ‘fresh’, sinematografi yang berkualiti serta lakonan para pelakon yang berjaya menghidupkan emosi setiap babak.

Malah, ramai mengakui episod pertama sudah cukup membuatkan mereka rasa berdebar dan tidak sabar menantikan sambungan cerita seterusnya.

“Sebak tengok episod pertama.

“Weh baru episod pertama aku dah melalak dah, remuknya hati bila tengok.

“Tengah tunggu episod baru pula, kitonyo tak sabar.

“Akhirnya keluar juga siri psikologi dan thriller macam ni,” komen netizen.

Selain pujian, ada juga penonton meluahkan rasa tidak puas hati selepas mengetahui siri tersebut hanya mempunyai beberapa episod sahaja.

Ramai berharap naskhah itu mempunyai lebih banyak episod memandangkan jalan cerita dan elemen thriller psikologi yang dibawakan berjaya membuatkan mereka cepat tak keruan.

GBTGH mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Selain Beto, siri ini turut dibintangi Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Amanda Ang dan ramai lagi.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan bermula hari ini dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement