Sekilas
- Cik Manggis dari kumpulan DeFam kini serius dalam sukan pickleball dengan mengambil jurulatih untuk menjadi antara pemain terbaik Malaysia.
- Acara ‘Selkirk Fans Social Tournament’ menandakan kemasukan rasmi Malaysia ke dalam keluarga global Selkirk dan pelancaran paddle Selkirk Boomstik Raw Carbon Asia Edition.
- DINKLAB mengumumkan pembukaan kedai flagship ketiga di Petaling Jaya yang lengkap dengan fasiliti moden untuk pengalaman pickleball terbaik di Malaysia.
Ahli kumpulan DeFam iaitu Cik Manggis semakin serius dalam sukan pickleball sehingga mengambil jurulatih untuk berlatih diri menjadi salah seorang pemain terbaik Malaysia.
Menurut Cik Manggis, dia sememangnya seorang yang gemar bersukan dan kesihatannya semakin baik sejak bermain pickleball.
“Ikutkan saya mula main pickleball sejak Oktober tahun lalu. Dah setahun juga. Tapi saya memang fokus betul-betul pickleball, ambil jurulatih sejak bulan Januari lalu.
“Masa sekolah, saya memang seorang atlet, seorang yang aktif dan tak boleh duduk diam. Suka luangkan masa dengan berbuat sesuatu.
“Ada satu masa, waktu PKP, rasa macam tak sihat, saya rasa saya perlu bangkit dan lakukan sukan kembali. Bagi saya, sukan ini sangat membantu untuk kesihatan kita.
“Bila pickleball mula masuk Malaysia, saya join dan saya rasa kesihatan saya dah semakin baik. Walaupun sukan ni masih baru tapi saya rasa ada peluang, untuk jadi salah seorang pemain pickleball terbaik Malaysia,” katanya.
Cik Manggis berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara ‘Selkirk Fans Social Tournament’ yang berlangsung baru-baru ini.
Arena pickleball Malaysia mencapai satu tahap baharu apabila Selkirk secara rasmi melancarkan aktivasi jenama pertamanya di negara ini, dengan kerjasama rakan pickleball tempatan terkemuka, DINKLAB.

Acara bersejarah ini bukan sahaja menandakan kemasukan rasmi Malaysia ke dalam keluarga global Selkirk, malah turut mempamerkan momentum pesat perkembangan sukan pickleball di seluruh negara.
Tumpuan utama acara ini adalah kepada pelancaran paddle Selkirk Boomstik Raw Carbon Asia Edition yang sangat dinantikan, yang serta-merta mencetuskan keterujaan dalam kalangan pemain yang ingin merasai inovasi terkini daripada Selkirk.
Bukan saja Cik Manggis dan suaminya yang juga Duta, Syazmin, acara itu juga dimeriahkan dengan kehadiran pempengaruh selebriti seperti Josiah serta pengacara Weena Marcus.
Para peserta turut disajikan dengan tiga permainan mini berintensiti tinggi, di samping Selkirk Fans Social Event dan Tournament yang penuh kemeriahan, menawarkan hadiah wang tunai serta peluang kepada juara untuk membawa pulang dua unit paddle Selkirk Boomstik Raw Carbon Asia Edition.
Antara detik paling menginspirasikan ialah penyertaan sulung Madam Lim Choon Kiat, berusia 71 tahun, yang berjaya meraih tempat naib johan ketiga dalam kejohanan sosial — satu peringatan kuat bahawa pickleball adalah sukan untuk semua peringkat usia.
Salah satu sorotan utama acara ini ialah pengumuman DINKLAB mengenai pembukaan cawangan ketiganya serta kedai flagship berkonsep tandatangan pertama mereka, yang bakal dibuka di tengah-tengah Petaling Jaya.

Dengan keluasan melebihi 4,000 kaki persegi, kedai flagship ini akan menjadi destinasi pickleball paling imersif di Malaysia, lengkap dengan gelanggang ujian tertutup persendirian, dua bilik pemasangan (fitting rooms), ruang VIP serta kemudahan acara yang dilengkapi skrin LED besar dan sistem PA profesional.
Pengasas Bersama (Co-Founder) DINKLAB, Kelvin Soo, berkongsi visi di sebalik pembukaan kedai flagship ini:
“Kami berhasrat untuk membina sebuah ruang flagship yang menawarkan rangkaian lengkap peralatan pickleball, pakaian serta persekitaran di mana pelanggan benar-benar dapat merasai tenaga aktivasi jenama dan acara,” katanya.
Kedai flagship ini bakal menampilkan lebih 20 jenama antarabangsa utama, sekali gus memperluaskan tawaran DINKLAB ke dalam kategori pakaian, kasut dan aksesori daripada jenama seperti Wilson, ASICS, Selkirk, JOOLA dan Franklin.
Pusat pengalaman pelanggan ini direka untuk meningkatkan kedudukan Malaysia di peringkat global dengan memberikan pemain akses kepada peralatan bertaraf dunia, pendedahan kepada teknologi baharu, perkhidmatan pelarasan paddle serta peluang menyertai acara bertaraf antarabangsa.