Sekilas
- Sweet Qismina dan suaminya, Adam Lee, berpeluang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah baru-baru ini.
- Sweet berkongsi gambar pertemuan tersebut di Threads sambil menzahirkan rasa teruja dan penghargaan kepada Tun Mahathir atas jasa beliau kepada negara.
- Sweet memuji Tun Mahathir sebagai 'Bapa Pemodenan' yang berani berfikiran jauh dalam membangunkan Malaysia.
Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa teruja kerana berpeluang untuk berjumpa dan beramah mesra bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dengan isterinya, Tun Siti Hasmah.
Menerusi perkongsian di Threads, Sweet dilihat memuat naik foto dirinya bersama suami yang juga pelakon, Adam Lee sewaktu mereka berjumpa dengan dua figura hebat tersebut, baru-baru ini.
Di ruangan kapsyen, Sweet bukan saja teruja malah turut menzahirkan kata penghargaan buat Tun M atas jasa yang telah dilakukannya kepada negara.
“Siapa sangka, kami berpeluang berjumpa dengan insan yang disegani, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama insan yang dicintainya, Tun Dr Siti Hasmah.
“Saluting out Bapa Pemodenan. Terima kasih Tun, kerana berani berfikiran jauh dan besar dalam membangunkan sebuah negara yang membuatkan kami bangga menjadi rakyat Malaysia.
“Jasa dan sumbangan Tun tidak akan pernah kami lupakan. Kami sayang Tun berdua,” kongsinya.
Sumber: Threads