Skip to main content

Hiburan

Tak Berkecil Hati Dengan Komen Netizen, Amyza Aznan Anggap Mereka Ambil Berat - “Tidak Mengapa, Saya Anggap…:

Amyza Aznan

Pelakon, Amyza Aznan mengakui tidak terasa hati apabila ada pihak yang menghubunginya menerusi ruangan mesej dan bertanyakan mengenai selendang yang dikenakan untuk menziarah pusara anak sulungnya iaitu arwah Andre Mikahail.

Menurut Amyza, pertanyaan yang diajukan oleh netizen sebenarnya menunjukkan mereka mengambil berat tentang dirinya.

“Saya setiap kali baca komen, saya selalu anggap positif sahaja. Saya tidak fikir dalam nada yang lain. Bila saya kongsi di Instagram tempoh hari, sebenarnya ramai yang ada persoalan yang sama.

“Jadi bagi saya mereka sebenarnya ambil berat. Saya tiada masalah dengan perkara itu,” katanya kepada Gempak.

Amyza turut menjelaskan dia tidak menganggap pertanyaan tersebut sebagai sesuatu yang toksik, malah melihatnya sebagai peluang untuk berkongsi cerita di sebalik perkara yang ditanya.

Malah ujar Amyza, selendang yang dikenakan itu merupakan selendang yang terakhir dipakainya ketika bersama arwah, bermula dari hospital sehingga ke liang lahad.

“Saya tidak rasa pertanyaan itu sebagai sesuatu yang toksik. Tidak mengapa, saya anggap ia perkara yang baik. Bagi saya soalan individu tersebut bagus sebab sekurang-kurangnya saya boleh kongsi cerita sebenar.

“Itu adalah shawl terakhir yang saya pakai ketika bersama arwah. Dari hospital sehinggalah ke liang lahad. Jadi shawl itu ada momen sentimental antara saya dan dia.

“Saya tidak kisah mereka nak tanya apa-apa soalan, cuma jangan tanya pasal anak,” jelasnya.

Dalam masa sama, Amyza juga berterima kasih kepada pihak media yang terus berkongsi perkembangan tentang dirinya kerana secara tidak langsung ia membantu memudahkan orang ramai datang menziarah pusaara Allahyarham Andre tanpa mengganggunya.

“Mereka datang sahaja. Alhamdulillah sebenarnya walaupun kamu (media) kena kecam sebab orang kata asyik keluarkan cerita pasal saya.

“Tapi apa yang orang tak nampak, bila media kongsi cerita itu secara tidak langsung ramai yang datang menziarah tanpa mengganggu saya.

“Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Untuk mereka yang nak anggap negatif itu terpulang, tapi saya nampak banyak perkara yang positif,” tambahnya.

Terdahulu, anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail dimaklumkan telah mengembuskan nafas terakhir selepas hampir setahun bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Allahyarham difahamkan telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 10.30 malam.

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories.

Sekadar info, Februari tahun lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan menghidap kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi oleh aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

Anda mungkin berminat dengan

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement