Skip to main content

Hiburan

“Tak Gaduh Pun, Saya Tuju Haritu Untuk Mereka… Bukan Marissa” - Abby Abadi

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi dan anaknya, Marissa Dania Hakim, dilihat sudah berdamai selepas mereka keluar makan bersama di sebuah restoran.
  • Momen tersebut dikongsi oleh rakan Abby, Farah Idayu, dan turut disertai oleh Azza Elite, menarik perhatian ramai netizen.
  • Abby menegaskan tiada sengketa antara dia dan Marissa, menjelaskan hantaran sebelum ini bukan ditujukan kepada anaknya.

Kemelut yang didakwa berlaku melibatkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi dan Marissa Dania Hakim dilihat sudah berakhir apabila dua beranak itu dilihat keluar makan bersama di sebuah restoran pada Rabu.

Momen manis itu dikongsikan rakan kepada Abby yang dikenali sebagai Farah Idayu menerusi perkongsian di Instastory.

Menerusi hantaran yang dibuat, dapat dilihat Abby dan Marissa duduk bersebelahan sambil merakam video makanan yang mereka nikmati di restoran berkenaan.

Turut kelihatan adalah seorang lagi rakan kepada Abby yang juga merupakan penyanyi dan pelakon iaitu Azza Elite.

Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat momen tersebut.

Abby kemudiannya tampil memberi penjelasan di salah sebuah ciapan warganet dengan menjelaskan bahawa tiada sengketa yang berlaku antaranya dan anak keduanya itu.

“Saya tak gaduh pun dengan anak saya.

“Saya tuju(hantaran) haritu untuk merekac bukan untuk Marissa. Kalau baca betul-berul mesti faham,” ujar Abby.

Terdahulu, hubungan Abby dan Marissa kembali menjadi perhatian ramai selepas dua beranak itu dilihat memuat naik beberapa luahan berkaitan kemelut keluarga mereka di media sosial.

Sumber: Instastory, Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement