Skip to main content

Hiburan

“Tak Payah Tanya…” – Jinggo

“Tak Payah Tanya…” – Jinggo

Sekilas

  • Pengarah Azman Yahya atau Jinggo menasihati supaya ketika bertegur sapa, lebih baik memperkenalkan diri dan mengingatkan pertemuan terdahulu daripada bertanya sama ada seseorang itu masih ingat atau tidak.
  • Jinggo berkongsi contoh cara bertegur yang sopan dan mudah, seperti menyebut nama dan konteks pertemuan sebelum ini tanpa memaksa orang lain mengingat secara terperinci.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang bersetuju dan berkongsi pengalaman mereka tentang situasi yang memenatkan apabila diminta mengingat pertemuan lama secara terperinci.
Advertisement

Pengarah dan penerbit, Azman Yahya atau lebih mesra disapa Jinggo berkongsi pandangan mengenai cara menegur seseorang yang pernah ditemui ketika menghadiri sesuatu majlis atau acara.

Menerusi satu hantaran di Threads, Jinggo menasihati orang ramai supaya memperkenalkan diri dan mengingatkan individu berkenaan tentang pertemuan terdahulu, berbanding bertanya sama ada mereka masih mengingati dirinya atau tidak.

Advertisement

“Gini kome, bila kita pergi mana-mana majlis, bila kome nampak orang yang kome pernah sembang, kalau nak bertegur sapa, just cakap, ‘Assalamualaikum Dato, saya Tok Sidang. Kita pernah jumpa dan sembang masa di acara sekian-sekian.’

“Tak payahlah kome tanya, ‘Dato kenal saya tak? Dato ingat saya tak? Tak ingat kan? Cuba Dato ingat! Ingat tak kat mana? Cuba ingat betul-betul.’

“Aduhai, satu kerja pula nak fikirkan,” katanya.

Advertisement

Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dan berkongsi pengalaman ditegur sebegitu.

"Saya pun selalu kena macam ni. Bila saya jawab, ‘ingat-ingat’, walaupun ingat-ingat lupa, dia tanya pulak, ha kalau ingat kita jumpa kat mana.

"Betul, jenuh nak fikir jumpa kat mana kan adoiiiiii

"Pastu kalau kita jawab maaf tak ingat. Dia pulak tanya. Amboii, sampai hati tak ingat ke kite. Nahhh tiberr pulak stress kena berendam otak terjun deep utk ingat dia siapaaa.

"Haha betul tu . Ada pulak masa kita nk main ingat2 🤣 nak buat q&a pulak kat situ

"Doc setuju ni.. mcm teka-teki pulak org tu nak mengingat balik..and u said very politely ;). Good advice tq tok sidang

Ada yang berpendapat memperkenalkan diri dan memberikan sedikit konteks tentang pert

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement