Skip to main content

Filem

Tak Sampai 24 Jam Dah 2.1 Juta ‘Views’, Babak Pendek Filem TARUNG: Unforgiven Buat Peminat Tak Sabar Nak Tunggu 7 Mei

Astro Gempak 405

Sekilas

  • Babak pendek filem TARUNG: Unforgiven yang dimuat naik di TikTok meraih lebih 2.1 juta tontonan dalam masa kurang 24 jam.
  • Video tersebut menampilkan Amir Ahnaf, Akmal Ashraf dan Mierul Aiman dalam satu adegan yang mencuri tumpuan netizen.
  • Filem ini dijadualkan tayang di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei 2026 dengan barisan pelakon hebat termasuk Zul Ariffin dan Bront Palarae.

Belum pun mencecah 24 jam dimuat naik, satu babak pendek daripada filem TARUNG: Unforgiven berjaya meraih lebih 2.1 juta tontonan dalam platform TikTok.

Menerusi perkongsian akaun @ojenn_aiwahh, video berdurasi kira-kira satu minit itu memaparkan adegan lakonan Amir Ahnaf dan Akmal Ashraf.

Dalam babak tersebut, watak penghantar makanan lakonan Akmal mencetuskan konflik apabila dipercayai memakan makanan pelanggan iaitu kunafa sambal sehingga mengundang pergaduhan.

Lebih menarik, kemunculan Mierul Aiman yang turut membawa watak penghantar makanan dalam babak sama menjadikan visual tersebut lebih mencuri tumpuan apabila ketiga-tiga pelakon berada dalam satu bingkai.

 

@ojennn_aiwahh

KUNAFA SAMBAL DAGING ? FILM TARUNG UNFORGIVEN ? FUHHHHH ADA APA NI😮‍💨🔥

♬ original sound - OjennnAIWAHHH !

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan keterujaan dan tidak sabar untuk menyaksikan filem penuh di pawagam.

 

“Ini iklan ke filem? Ada sambungan tak?


"Aku nampak Mierul je aku terus full screen, pendek je video.

“Pergh marketing kali ini padu.

“Jom tengok Tarung please, tak sabar,” komen beberapa netizen. 

Sekadar info, Tarung: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Akmal Ashraf, filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Bront Palarae, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must-Watch Video

Advertisement