Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: “Selagi Tak Jadi Superstar Dekat Malaysia, Selagi Itu Saya…” Kim Khairii Sedia Beraksi Di Big Stage Rocketfuel

Astrogempak KIM

Sekilas

  • Kim Khairii sasarkan tempat tiga terbaik dalam final Talk To My Manager 2, namun berjaya meraih tempat kelima.
  • Dia bersyukur dengan pencapaian dan percaya rezeki lebih luas menanti di luar pertandingan.
  • Kim terbuka untuk sertai Big Stage Rocketfuel dan berharap lebih ramai mengenali bakat serta vokalnya.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Kim Khairii mengakui meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya berada dalam kelompok tiga terbaik pada pentas akhir program tersebut.

Bagaimanapun, Kim tetap bersyukur selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dan percaya telah melakukan yang terbaik. 

“Saya target nombor tiga sekurang-kurangnya sebab saya dah buat dua konsep berbeza untuk final.

“Tapi tak apa, saya percaya rezeki akan lebih banyak dekat luar nanti. Yang penting penonton dapat rasa apa yang saya nak sampaikan menerusi persembahan itu,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai peluang untuk menyertai Big Stage Rocketfuel menerusi kerusi Exclusive Spot, Kim akui sedia untuk bertanding sekiranya peluang diberikan kepadanya. 

Anak kepada Safura itu berharap platform pertandingan seperti ini  dapat membuka lebih banyak ruang untuk orang ramai mengenali dirinya serta bakat yang dimiliki.

“Kalau ada rezeki, Insya-Allah kita teruskan. Sebab selagi tak jadi superstar dekat Malaysia, selagi itu saya takkan berhenti. 

“Harapan saya, saya nak orang lebih mengenali nama saya. Sebab di TTMM, orang kurang bercakap mengenai vokal dan showmanship saya,” ujarnya.

Meskipun perjalanan dalam TTMM2 telah berakhir, Kim melihat pengalaman tersebut sebagai satu langkah penting dalam membina kerjaya seni yang lebih kukuh pada masa hadapan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement