Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Viviana Kurang Sihat Bukan Terkena Gangguan Mistik

Astrogempak VIVI

Sekilas

  • Ani Mayuni menafikan dakwaan gangguan mistik terhadap anaknya, Viviana, dan menjelaskan keadaan kurang sihat menjadi punca prestasi kurang memuaskan di pentas.
  • Viviana mengalami kesukaran pulih kerana jadual kerja yang padat, bukan disebabkan gangguan mistik seperti yang didakwa.
  • Viviana menegaskan dia tetap berusaha memberikan persembahan terbaik walaupun menghadapi masalah kesihatan dan lebih fokus menghiburkan penonton daripada mengejar kedudukan pertandingan.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Ani Mayuni menafikan dakwaan kononnya berlaku gangguan mistik terhadap anaknya, Viviana.

Menurut Ani, keadaan Viviana yang kurang sihat sejak beberapa minggu lalu menjadi faktor utama yang menjejaskan persembahannya di atas pentas.

“Langsung tiada. Semua sedia maklum Viviana tak sihat. Kalau perasan, dia menyanyi pun agak sengau.

“Lagu pula laju dan kena ada lenggok. Mana nak curi nafas, hidung tersumbat lagi. Itu yang ganggu sistem badan serta buat dia banyak fikir. Dia tahu kesilapan dia, kira juri tak buat kerja salah. Kita sedar ada kesalahan,” katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, pelantun lagu Dasar Buaya Cinta itu juga menjelaskan kemungkinan kesihatan Viviana yang lambat pulih berpunca daripada jadual kerja yang padat dan bukannya kerana gangguan mistik seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Tak (gangguan mistik). Kalau kita selsema dan batuk, belum tentu seminggu boleh baik. Bukan tak ambil suntikan, sudah.

“Mungkin sebab jadual setiap hari padat, jadi benda itu lambat baik. Tapi dia tetap buat persembahan sehabis baik,” katanya lagi.

Sementara itu, Viviana menegaskan meskipun berhadapan dengan masalah kesihatan dia tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan dia tidak boleh berikan yang terbaik.

“Bagi saya masalah kesihatan ini kita tak boleh jangka. Tapi saya tak boleh cakap sakit boleh jadikan alasan.

“Saya sendiri yang tandatangan kontrak untuk sertai pertandingan. Tidak kira apa pun terjadi, saya kena buat yang terbaik atas pentas,” jelasnya.

Tambah Viviana lagi, fokus utamanya bukanlah kedudukan dalam pertandingan sebaliknya mahu terus menghiburkan penonton.

“Saya sendiri tahu yang saya tak buat yang terbaik pun sebab saya agak terganggu dan banyak benda yang terjadi tapi tak mengapa, jatuh sekali tak bermakna jatuh selamanya.

“Macam saya cakap, saya tak kisah pasal ranking. Bila tengok rakan-rakan lain naik, kita nak jadi seorang penghibur. Cukup orang puas hati dengan persembahan saya, itu sudah memadai,” ujarnya.
 

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement