Sekilas
- Azeva Natassha tampil seksi dalam filem pertamanya, 'Bisikan Nafsu', dan sudah bersedia dengan jejak digital yang akan kekal.
- Dia mengakui pernah melakukan banyak dosa dan terpengaruh dengan budaya Australia ketika penggambaran filem tersebut.
- Azeva berterus terang mengenai penampilan dan permohonan maafnya, serta berjanji untuk bertaubat selepas komitmen penggambaran selesai.
Tampil agak seksi dalam filem pertamanya berjudul ‘Bisikan Nafsu’, penyanyi dan pengacara Azeva Natassha sudah bersedia ia akan menjadi jejak digital.
Anak kepada penerbit Datuk A. Aida itu berkata dia sudah beberapa kali mengakui dirinya melakukan banyak dosa sebelum ini.
“Masa hari pertama saya jalani penggambaran, saya dah tahulah yang kalau saya teruskan ini sampai bila-bila ada (blueprint atau jejak digital) dan saya reda.
“Saya memang tahu sebab semua orang buat dosa kan? Saya pun memang selalu mengaku dekat live yang dulu saya seksi, buat dosa banyak, tunjuk aurat saya itu ini.
“Sekarang pun tunjuk aurat juga, tapi dalam movie tu memang saya seksi,” kata Azeva kepada Gempak.
Anak kepada penyanyi Ameng Spring itu ditemui ketika malam gala filem Bisikan Nafsu di TGV Cinema, KLCC, pada malam Rabu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Tanpa Rasa Jemu ini turut mengakui ketika itu dia sedikit terpengaruh dengan budaya di Australia.
“Tapi itu sebenarnya saya dah bagi tahu dari dulu… sebab saya shoot lepas saya balik daripada Australia. Jadi, saya sedikit masih terpengaruh dengan budaya di sana.
“Saya memang berterus-terang dan minta maaf. Yang saya mampu, apa saya boleh buat? Ha, sebab dah shoot, dah kena commit la.
“Once you dah start, you kena commit sampai habis. Jadi, saya hanya bertaubat sajalah,” ujarnya.