Pelakon Fahmi Bo saat ini diketahui sedang terlantar sakit. Foto dirinya yang dulu berisi kini menjadi sangat kurus sempat menarik perhatian warganet.
Bintang drama Tukang Ojek Pengkolan dan 4 Tahun Tinggal Di Rumah Hantu itu mengidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan jantung. Hal yang demikian membuat dirinya tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Advertisement
Namun Fahmi mengaku dia bernasib baik dan terharu dengan pengorbanan bekas isteri yang sanggup membantunya dalam kesusahan.
Malah wanita yang dikenali sebagai Nita itu tidak kisah untuk membersihkan dan menguruskan diri pelakon Indonesia berusia 52 tahun itu.
Nita kata Fahmi lagi sambil menangis sanggup menukarkan lampin pakai buang atau pampers dan mencuci tahinya.
“Jika bercuti, bekas isteri akan datang menjaga saya. Dia bantu menguruskan saya.
“Dia cuci berak dan bantu saya tukar pampers. Saya sedih, dia bekas isteri saya,” katanya seperti dilaporkan Kompas.
Fahmi diketahui sudah menderita sehingga tidak mampu berjalan kerana penyakitnya sejak beberapa bulan lalu.
Selain bekas isteri, dia mengaku anak-anaknya yang sebelum ini dikatakan tidak mengambil berat tentang dirinya sudah ‘berubah’.
“Kami sudah bermaafan dan mereka datang menjenguk saya,” katanya.