Sekilas
- Memey Suhaiza dipuji warganet kerana sikap tenang dan sabar menghadapi kecaman berikutan isu keluarga melibatkan anak tirinya dan Abby Abadi.
- Peminat memberi sokongan dengan mengingatkan bahawa manusia tidak sempurna dan pintu taubat sentiasa terbuka, sambil menggalakkan Memey fokus pada keluarga dan perniagaan.
- Isu keluarga Abby menjadi perhatian selepas ketiadaan Abby di majlis hari jadi anaknya, dengan Abby dan Marissa membuat kenyataan berkaitan trauma dan konflik yang berlaku.
Wargamaya memuji sikap pelakon dan usahawan Memey Suhaiza, yang disifatkan sangat tenang biarpun menjadi sasaran berikutan terpalit dengan isu melibatkan anak tirinya Marissa Dania Hakim dengan ibunya, pelakon Abby Abadi.
Sikap Memey yang langsung tidak pernah melayan sebarang bentuk kecaman masyarakat sejak dulu amat dikagumi warganet, kerana menurut mereka tidak ramai orang memiliki sifat sabar seperti aktres itu.
"Kagum dengan dia, orang mengutuk, mengata macam-macam dia tetap pandang ke depan dan tak lagi menoleh kebelakang. Terus terbang tinggi, Mey," komen seorang pengguna di akaun Instagram Memey.
Sementara itu seorang lagi peminat pula berkata, setiap orang melakukan kesilapan dan tidak akan selamanya mengulang perbuatan sama dan pintu taubat sentiasa terbuka.
"Tiada manusia yang sempurna, semua ada salah silap, pintu taubat selalu terbuka..sabar dan sabar.. Allah itu maha mengetahui segalanye, teruskan melangkah dan berbuat baik. Positif,diam,sabar dan teruskan melangkah. Fokus pada keluarga dan perniagaan.
"Sentiasa muhasabah diri dan pengakhiran hidup seseorang hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Sabar, semoga Allah sentiase mempermudahkan segala urusan kamu dan melindungi kamu selalu," komen seorang lagi peminatnya.
"Diam pasti menang," ujar seorang lagi pengguna laman instagram yang menyokong tindakan Memey.
Isu melibatkan keluarga Abby mula menjadi perhatian netizen selepas ketiadaan aktres itu di sambutan hari lahir anak perempuannya, Marissa Dania baru-baru ini.
Abby bagaimanapun memberitahu dia ada menerima jemputan namun tidak terasa untuk menghadiri majlis tersebut atas banyak sebab.
Abby kemudian ada berkongsi trauma yang dialaminya selama ini dan Marissa juga ada membuat beberapa kenyataan berhubung isu yang berlaku.
Malah netizen mula mengungkit kembali isu melibatkan Memey yang didakwa sebelum ini menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Abby dengan aktor Norman Haiim.