Skip to main content

Hiburan

“This Is Too Much, Saya Tiada Hubungan Peribadi Dengan Individu Yang Digosipkan” - Zara Zya

Zara Zya

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usahawan dan menyifatkan spekulasi itu keterlaluan.
  • Zara menjelaskan hubungan mereka hanyalah kenalan biasa dan berharap usahawan tersebut berhenti menyebarkan berita tidak tepat yang menjejaskan reputasinya.
  • Usahawan yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Khazrul Elzey, bekas tunang pelakon Zarina Anjoulie, yang tidak menolak kemungkinan jodoh dengan Zara.
Advertisement

Pelakon, Zara Zya tampil bersuara susulan dakwaan mengatakan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang usahawan.

Menerusi ciapan di aplikasi Threads, Zara menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan usahawan tersebut sambil menyifatkan spekulasi itu sebagai keterlaluan.

Advertisement

“Sorry to say, this is too much. Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan individu yang digosipkan.

“Hubungan kami hanyalah sekadar kenalan biasa. Jumpa pun baru sekali.

“Jika pihak sana mempunyai perasaan, itu adalah urusan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan saya,” tulis Zara.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Dia Imamku ini turut berharap agar usahawan berkenaan berhenti daripada menyebarkan sebarang berita tidak betul yang boleh menjejaskan reputasinya.

“Saya harap dia berhenti menyebarkan naratif yang tidak tepat kerana ia menjejaskan reputasi saya serta keluarga

“Saya juga tidak berminat untuk melayan gosip murahan macam ini,” katanya lagi.

Terdahulu, tular foto memaparkan Zara bersama usahawan yang juga bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Khazrul kemudiannya memberitahu kepada sebuah portal hiburan bahawa dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan Zara.

Malah, Khazrul turut memuji keperibadian Zara serta menyatakan kesediaannya untuk mengenali pelakon itu dengan lebih dekat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement