Skip to main content

Hiburan

Treler Rasmi TARUNG: Unforgiven Dilancar, Janji Aksi Penuh Intensiti Di Pawagam 7 Mei Ini

Astro Gempak 364

Sekilas

  • Treler rasmi filem aksi TARUNG: Unforgiven telah dilancarkan, menampilkan konflik perebutan takhta dalam organisasi elit MARGA dengan visual dan koreografi aksi yang mendebarkan.
  • Pengarah Razaisyam Rashid menjelaskan treler hanya sebahagian kecil daripada cerita penuh, manakala penerbit Aedy Ashraf berkongsi pengalaman bermakna sepanjang proses pembikinan dan pemasaran filem.
  • Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Zul Ariffin dan Bront Palarae, dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 7 Mei.

Filem aksi TARUNG: Unforgiven melangkah ke fasa seterusnya apabila treler rasminya telah dikongsikan kepada umum.

Treler berdurasi satu minit 45 saat itu menampilkan gambaran lebih jelas tentang dunia MARGA selain memperlihatkan konflik perebutan takhta dalam organisasi elit berkenaan.

 

 Menurut pengarahnya, Razaisyam Rashid, treler tersebut hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan penceritaan yang dibina dalam filem berkenaan.

“Treler ini hanya sedikit gambaran kepada apa yang kami bina. Banyak elemen tidak ditunjukkan sepenuhnya supaya penonton dapat merasai pengalaman sinematik lebih mendalam di pawagam nanti,” katanya.

Dalam masa sama, Aedy yang turut bertindak sebagai penerbit berkata penglibatannya dalam keseluruhan proses pembikinan filem memberi pengalaman bermakna buat dirinya.

“Ini kali pertama saya terlibat dari awal hingga ke strategi pemasaran.

“Alhamdulillah, teaser sebelum ini mencatat lebih sejuta tontonan dalam masa singkat dan saya amat menghargai sokongan penonton,” ujarnya.

Lebih mencuri tumpuan apabila dipaparkan babak pertarungan antara Hatta lakonan Mierul Aiman dan Isa yang dibawakan Aedy Ashraf dengan aksi penuh intensiti.

Diperkukuhkan dengan visual realistik serta koreografi aksi mendebarkan, filem tersebut turut menyelitkan elemen emosi yang sarat dengan mesej penebusan dan harga sebuah kesilapan.

Selain Mierul dan Aedy, filem arahan Razaisyam Rashid itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel, Theebaan G, Shaharuddin Thamby, Razib Salimin, Jai JMT serta Ijam Asri.

Treler rasmi tersebut dilancarkan menerusi majlis rumah terbuka Hari Raya yang dihadiri barisan pelakon, penerbit serta rakan media di Kuala Lumpur.

Sekadar info, TARUNG: Unforgiven bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement