Personaliti media sosial, Tun Laila berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihannya, Amir Haiqal Adnan.
Berita bahagia itu dikongsikan sendiri oleh Tun Laila menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.
Advertisement
Menurut Tun Laila, mereka berdua bakal disatukan tidak lama lagi selepas melalui perjalanan perkenalan yang cukup unik.
“Sudah mendengar nama awak sejak di universiti lagi, pernah jumpa sekali di gelanggang badminton pada tahun 2021 dan akhirnya secara tak sengaja terserempak dengan awak tiga hari sebelum saya berangkat menunaikan ibadah Umrah pada tahun 2024.
“Dan sekarang, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tiba saat saya akhirnya boleh memanggil awak sebagai suami saya,” tulisnya.
Difahamkan, Tun Laila dan Amir Haiqal telah mengikat tali pertunangan sejak bulan Mei lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata teman-teman rapat dan netizen menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Laila dan pasangan. 


