Skip to main content

Hiburan

Ucop Ahmad Berubah Demi Kembali Aktif: “Dulu Saya Tak Sabar, Saya…”

Ucop Ahmad Berubah Demi Kembali Aktif: “Dulu Saya Tak Sabar, Saya…”

Sekilas

  • Ucop Ahmad kembali aktif dalam industri muzik selepas tujuh tahun dengan single terbaru 'Aku Tekad' yang dihasilkan oleh Aryan Putra Entertainment (APE) dan pasukan A*CAP.
  • Ucop berazam untuk berubah menjadi lebih matang dan sabar, serta tidak mahu mensia-siakan peluang kedua yang diberikan untuk membina semula kerjaya seni.
  • Sebagai bapa tunggal, Ucop mahu menjadi inspirasi kepada anak lelakinya dengan menunjukkan semangat tidak berputus asa melalui lagu dan kehidupannya.
Advertisement

Sempat ‘tenggelam timbul’ sepanjang tujuh tahun lalu, penyanyi Ucop Ahmad mahu peluang yang kembali dibuka oleh pihak Aryan Putra Entertainment (APE) digunakan dengan baik.

Seperti single terkini miliknya, Aku Tekad  yang dihasilkan APE dengan sokongan pasukan A*CAP (Archive Capital), begitu Ucop nekad menaikkan semula namanya dalam persada seni.

Advertisement

Kata Ucop, peluang dan kepercayaan yang diberi tidak mahu disia-siakan sekaligus menanam azam untuk mengubah sikap negatif sebelum ini yang menyekat langkahnya untuk terus maju.

“Aku Tekad adalah gambaran keseluruhan tentang perjalanan saya. Lirik lagu ini ditulis oleh pengasas APE iaitu Encik Sufian dan saya membuat melodinya.

“Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membantu saya kembali selepas tujuh tahun ini. Beliau memberi saya semangat dan keyakinan bahawa saya boleh kembali ke persada seni.

Advertisement

Selain Sufian, Pasya dan ramai rakan lain yang menyokong saya untuk kembali aktif,” ujar Ucop sewaktu ditemui pada majlis pelancaran single Aku Tekad dan Tak Tertanggung Lagi milik Pasya di Lumi Marketplace, Petaling Jaya.

Menurutnya lagi, dengan peluang kedua yang terbentang di depan mata, dia mahu lebih tenang dan tidak degil.

“Umur saya sekarang sudah 43 tahun dan saya mahu berubah. Saya belajar untuk menjadi lebih mendengar terutama daripada pihak atasan, lebih sabar dan paling penting tidak berasa semua perlu  saya dan saya,” katanya.

Tambah Ucop, salah satu faktor yang membuatkan dirinya aktif kerana mahu menjadi pendorong dan membakar semangat anak lelakinya.

Katanya: “Saya seorang bapa tunggal. Selepas bercerai, saya membesarkan anak lelaki saya dan mahu memberi semangat kepadanya.

“Saya mahu dia tahu walaupun susah dan sukat macam mana pun hidup, kita jangan pernah berputus asa. Sama seperti lagu Aku Tekad.”

Ditanya apa sahaja pekerjaan yang dilakukan sepanjang tujuh tahun tidak aktif sebagai penyanyi, Ucop memberitahu dia menjadi pembuat konten serta menyertai banyak acara berkaitan permotoran.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement