Skip to main content

Hiburan

Yasser Ditahan 24 Jam, Keberadaan Dahlia Ketika Kematian Ahyan Jadi Tanda Tanya… Episod Kedua GBGTH Terus Cetus Tanda Tanya Penonton

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Siri Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, terus mencuri perhatian dengan episod kedua yang mengupas misteri kematian Ahyan di Kuala Makar.
  • Yasser, bapa Ahyan, ditahan polis untuk siasatan dan menjadi suspek utama selepas beberapa bukti mula mengarah kepadanya.
  • Penonton dikejutkan dengan pendedahan lebam pada badan Ahyan yang menunjukkan kemungkinan gangguan seksual, menambah lagi elemen misteri dalam cerita.

Siri premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven terus mencipta fenomena dan menjadi bualan penonton yang dilihat sering kali tidak sabar untuk menonton episod seterusnya selepas mula ditayangkan minggu lalu.

Pada episod kedua, plot dan jalan cerita Good Boys Go to Heaven semakin menarik apabila misteri di sebalik kematian Ahyan yang berlaku di Kuala Makar mula terungkai sedikit demi sedikit.

Fokus utama episod kali ini adalah apabila ayah kepada Ahyan iaitu Yasser (Beto Kusyairy) ditahan pihak polis selama 24 jam bagi membantu siasatan.

Meskipun berkali-kali digasak Inspektor Kamal (Amerul Affendi) namun Yasser tetap dengan pendiriannya yang menegaskan bahawa dia bukanlah pembunuh kepada anaknya sendiri.

Sungguhpun begitu, Inspektor Kamal meluahkan keyakinan bahawa bapa kepada Ahyan itu merupakan dalang utama kerana beberapa bukti seakan menuju ke arah Yasser sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan.

Sesi soal siasat bersama Inspektor Kamal juga menambahkan lagi tanda tanya tentang apa yang sebenarnya disembunyikan oleh Yasser.

Dalam masa sama, Dahlia turut mencuri perhatian apabila Inspektor Kamal mendapati isteri kepada Yasser itu menipu keberadaannya sewaktu kematiahn Ahyan.

Lebih menggeramkan penonton apabila hasil bedah siasatan mendapati terdapat lebam-lebam pada bahagian badan Ahyan yang menunjukkan bahawa kanak-kanak itu merupakan mangsa gangguan seksual.

Keadaan itu sekaligus membuatkan penonton mula tertanya-tanya mengenai perkara sebenar yang berlaku.

Secara keseluruhan, episod kedua masih elemen saspen dan membuatkan penonton semakin tertanya-tanya siapakah pembunuh Ahyan yang sebenar.

Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement