Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

All Stars Gegar Vaganza: Ramli MS Komen Nikki Palikat Kurang Jiwa - "'Benda' Itu Nombor Satu"

Amri Hassan
03/12/2023 14:57 MYT
Juri tetap All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Datuk Ramli MS menyifatkan Nikki Palikat punyai visual dan kerja keras yang baik.

Malah, Ramli juga mempuji 'range' vokal Nikki yang besar dan memudahkan komposer untuk mencipta lagu untuknya.

Bagaimanapun, Nikki punyai satu kekurangan iaitu jiwa.

"Idea, visual kamu sangat hardworking.

"Range kamu sangat besar, kamu boleh rendah dan tinggi senang untuk komposer buat lagu untuk kamu. Tapi ada satu benda yang paling yang duduk atas iaitu jiwa.

"Jiwa nombor satu, jangan lupa benda itu. Kamu perlu ambil tahu tentang ini. Kalau kamu ada jiwa dan visual begini kamu akan jadi the best.

"Nyanyian tadi okey, cuma kurang jiwa terutamanya lagu pertama. Attitude dalam jiwa, belajar tentang itu. Belajar tentang balada, nyanyian anda akan jadi terbaik," katanya.

Jangan lupa saksikan All Stars Gegar Vaganza 2023 live di YouTube Astro Gempak.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Jangan lupa dapatkan tiket konsert akhir All Stars Gegar Vaganza di Ticket2u.com.my sekarang.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
#Ramli MS #Tok Ram #Jiwa #Komen #Nikki Palikat #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #ASGV