Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Berjaya Tawan 193 Negara Di Dunia, Nenek 73 Tahun Kata: “Jangan Tunggu Orang Sebab…”

Maliah Surip
01/12/2023 11:55 MYT
Seorang nenek tua usia 79 tahun menjadi inspirasi banyak orang terutama untuk ‘kaki pengembara’ selepas mencapai sasarannya mengelilingi dunia baru-baru ini.

Luisa Yu, warga emas dari Filipina berjaya menakluk seluruh negara di dunia dengan menamatkan penjelajahannya di Serbia pada 9 November lalu.

BERITA TRENDING: “Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

Lebih membanggakan, Yu merupakan salah seorang daripada dua rakyat Filipina yang telah menakluk dunia.

Yu yang merupakan seorang jururawat di Miami berjaya mencapai impiannya melawat negara-negara bersatu dengan jumlah 193 buah keseluruhannya.

Menerusi pelbagai laporan media massa, Yu memulakan penggembaraan pertama pada usia 23 tahun dengan menjelalah di seluruh Amerika Syarikat sewaktu menyertai program pertukaran pelajar.

Dia kemudian berpindah ke Miami selepas sudah mengembara ke 40 buah negara.

Kata Yu, semangatnya untuk terus mengembara dan menamatkan impian jelajah dunia banyak dipengaruhi oleh orang-orang yang ditemui sepanjang berkelana.

Yu menerusi kenyataan di media sosial memberi galakan kepada semua agar jangan takut untuk keluar menjelajah dunia.

“Jangan takut, hanya pergi. Jangan tunggu sesiapa kerana jika anda menunggu, ia (jelajah dunia) tidak akan tercapai,” katanya seperti dilaporkan Yahoo.

BERITA TRENDING: Nenek Usia 71 Tahun Masih Aktif Panjat Pohon Duku - “Saya Tak Suka Duduk Berehat Dekat Rumah”

Impian tersebut dicapai menerusi simpanan peribadi yang diperoleh daripada pelaburan.

#Nenek #Tawan
;