Terkini

Ini Kisah Pelajar Tahfiz Yang Tidak Dijemput Pulang Ke Rumah Oleh Keluarga Meskipun Cuti Sekolah Telah Bermula

Izwan Isa
01/03/2024
05:55 MYT
Satu hantaran di akaun Facebook sebuah sekolah tahfiz viral dalam kalangan netizen apabila seorang pelajarnya yang dikatakan tidak pulang ketika cuti sekolah kerana tidak dijemput oleh keluarga.
Menerusi hantaran sama, dilihat pelajar itu sedang termenung sambil duduk di kerusi berseorangan di kawasan sekolah yang dipercayai telah kosong tanpa kehadiran pelajar.
Memetik laporan New Straits Time, pengasas sekolah berkenaan berkata, pihak sekolah cuba untuk menghubungi keluarganya, namun gagal kerana difahamkan si ayah telah menukar nombor telefon.
“Pelajar itu datang daripada ibu bapa yang telah bercerai, dan bapanya yang memiliki hak jagaan telah menghantarnya ke sini.
“Sebelum ini, ayah pelajar itu akan datang dan menjemputnya untuk pulang. Namun, kali terakhir pelajar itu berjumpa ayahnya adalah pada Hari Raya Aidil Adha tahun lalu. Sejak itu, mereka tidak berhubung lagi,” katanya.
Pengasas sekolah itu menambah, agak sukar untuk mencari kediaman bapanya memandangkan individu berkenaan menetap di rumah sewa dan sering berpindah randah.
Dalam masa sama, dia juga menzahirkan rasa kecewa kerana pelajar itu diabaikan sungguhpun masih mempunya ibu dan bapa.
“Sungguhpun ada pelajar yatim piatu di sini, sanak saudaranya masih berhubung dan bertanya tentang keadaan mereka,” katanya.
Terdahulu, hantaran tersebut turut tular di platform X dan ramai yang memberi cadangan supaya melaporkan isu ini kepada pihak berkuasa.
Sumber: Facebook, Platform X dan NST

BERITA TRENDING: Pengurus Tahfiz Ditahan Gara-Gara Kurung Isteri Ketiga Di Inap Desa

BERITA TRENDING: Pusat Tahfiz Hampir Siap Sepenuhnya, Vida Letak Nama 2 Arwah Anak - “Tahfiz Ini Ditanggung Sendiri Oleh…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Terkini

Yayasan Nurjiwa & Yayasan Prihatin Berkolaborasi Menyantuni Anak Yatim, Ibu Tunggal & Penggiat Seni

gempak
29/03/2024
11:55 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Ghazali menzahirkan perasaan bersyukur dan sangat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh Yayasan Nurjiwa kepada Yayasan Prihatin Nasional untuk menjalinkan kerjasama strategik ini.
Hiburan

"Mama Bekalkan Donut, Hantar Kami Ke Sekolah Naik Basikal Setiap Hari" - Fasha Sandha Menangis, Terimbas Memori Tinggal Di Rumah Anak Yatim

gempak
21/03/2024
01:50 MYT
Pelakon jelita Fasha Sandha akui mudah tersentuh dan memahami situasi yang dilalui anak-anak yatim yang hilang kasih sayang.
Hiburan

5 Tilmiz Ke Pusingan Akhir Akademi Qurra', Juri Pesan Bacaan Perlu Lunak Tanpa Rosakkan Tajwid

gempak
04/03/2024
13:00 MYT
Peserta yang berjaya melangkah ke final ialah Tilmiz Luqman, Tilmiz Amnan, Tilmizah Sofea, Tilmizah Syahira, dan Tilmizah Sholihah