The Hardest Singing Show

THSS: Aisha Retno Raih Markah Tertinggi 81%! De Fam Auto Tersingkir, Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

Umirah Halim
17/06/2024
01:17 MYT
Bintang muda, Aisha Retno telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu keenam dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Aisha tampil memukau penonton dengan persembahan bertenaganya yang diiringi instrumen muzik piano dan keyboard.
Persembahannya turut meriah dengan penampilan istimewa penyanyi Sissy Iman dan Eric Fuzi, pemain keyboard kumpulan Floor 88 pada akhir persembahan.

Aisha raih 81%

Dengan tema Emosi Instrumentasi, minggu ini telah menyaksikan Aisha Retno menerusi lagu nyanyian asal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Kurniaan Dalam Samaran berjaya mengungguli kesemua tujuh bintang lain dengan markah 81.00% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.
Sementara itu, persembahan memukau daripada Stacy dengan lagu Somewhere Only We Know sekali lagi telah meraih undian yang banyak daripada penonton sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kedua dan telah membawa pulang RM3,000.
Manakala, penguguman penarikan diri oleh kumpulan DeFam daripada The Hardest Singing Show telah menjadikan mereka sebagai peserta yang tersingkir secara automatik
Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu keempat The Hardest Singing Show;
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Ramai Anak Muda Mahu Jadikan Idola, Pemain MLBB Sekyss Rasa Diri Belum Layak - “Saya Segan Sebenarnya, Perlu Banyak Belajar Lagi”

gempak
20/07/2024
13:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss merasakan dirinya belum layak untuk menjadi idola anak muda yang meminati sukan E-Sport.
the-hardest-singing-show

THSS: Dapat No.3, Stacy Mohon Maaf Kecewakan Peminat - "Mereka Harapkan Saya Juara"

gempak
16/07/2024
02:55 MYT
Pemenang tempat ketiga The Hardest Singing Show pada musim pertama, Stacy meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat merebut gelaran juara.
the-hardest-singing-show

THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

gempak
16/07/2024
01:55 MYT
Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.
the-hardest-singing-show

THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

gempak
15/07/2024
23:55 MYT
Penyanyi Aisha Retno memberitahu kehadirannya dalam pertandingan realiti itu tidak disenangi oleh semua pihak.
Sukan

“Menang RM4.7 Juta Saya Nak Simpan Dalam ASB, Beli Rumah,” - Sekyss Syukur Pasukan Jadi Juara Dunia MLBB

gempak
15/07/2024
20:55 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss berkongsi perancangannya dan juga pasukan selepas menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024, pada Ahad.