The Hardest Singing Show

THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

gempak
Umirah Halim
13/05/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.

Ayda Jebat Juara Minggu 1

Dengan tema Up to Sleeves, minggu ini telah menyaksikan Ayda Jebat menerusi lagunya sendiri, Siapa Diriku dan Nakal Nakal Nakal berjaya mengungguli kesemua lapan bintang lain dengan markah 95.24% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.
Manakala, tempat kedua Aepul Roza hanya mendapat (90.34) markah keseluruhan manakala Aisha Retno (84.17) dan Zizi Kirana (73.82).
Sementara itu, persembahan bertenaga daripada Stacy dengan lagu Gagap dan Not For Sale melayakkannya untuk mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu pertama dan telah membawa pulang RM3,000.

Markah penuh & recap komen!

Jom kita semak markah penuh peserta dan recap komen juri.
1. Ayda Jebat 95.24%
Zizan: Persembahan pembukaan awak macam persembahan final dah, ini yang kita perlu terapkan pada contestant lain.
Edry: Banyak-banyak persembahan ini paling the class, sebab kita nampak usaha dari segi pengarangan dan persembahannya memang epic!
2. ​Aepul Roza 90.34% Edry: Saya suka konsep cukup warna warni macam horor show dan ada tema jadi saya suka persembahan yang ada tema. Saya rasa awak berjaya execute persembahan ini.
3. Aisha Retno 84.17% Edry: Its good to see anak muda menunjukkan keyakinan macam orang yang dah berpelangaman punya performer. Brilliant way to start the show tonight.
4. Zizi Kirana 73.82% Datuk Seri Rossa: Saya suka semua lagu awak bawakan malam ini dan saya sangat hargai bagaimana awak berikan persembahan menyanyi tanpa ada kesalahan dengan menari lagi. Awak dah bagi yang terbaik dan kami disini semua enjoy!
5. De Fam 69.04% Datuk Seri Rossa: Kalian nyanyi sambil menari, menurut aku itu satu hal yang sulit, menurut aku kalian bertiga sangat padan. Buat aku harini De Fam buat yang terbaik dari segi penampilan, I'll be looking next week for next performance.
6. Datin Alyah 64.08% Zizan: Saya suka persembahan Alyah sebab kita nampak kesusahannya dari lontaran vokal dan emosi dan lagi susah bila yang tersayang di depan secara jujurnya saya nak tengok next week Alyah lebih dahsyat lagi.
7. Stacy 63.85% Edry: Satu Malaysia kenal Stacy sebagai ratu tarian jadi saya rasa inilah kekuatan stacy, Saya tahu awak boleh buat lebih lagi, be yourself saya nak tengok tenaga lebih lagi dari Stacy. 8. Putera Muhammad 61.92% Edry: Awak tak sedar awak ada vokal yg bagus, satu je masalah, awak tak belanja the visual sight, kalau main drum tu main betul-betul, kalau nak slide tu slide betul-betul, lebihkan keyakinan diri. Insya-Allah kalau ada lebih keyakinan, persembahan akan jadi lebih baik.
9. Kaka Azraff 58.05% Datuk Seri Rossa: Saya suka dengan suara husky Kaka, Saya tahu bukan mudah untuk menyanyi secara tergantung. Mudah-mudahan saya boleh melihat persembahan Kaka lagi di minggu hadapan.
Bagi tugasan minggu seterusnya kesemua peserta akan membawakan lagu bertemakan “Revolu-sihat” yang bakal menyuntik elemen sukan dan senaman di dalam persembahan.
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional. * Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro. * Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow. * Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Berita Trending: THSS: Tiada Penyingkiran Pada Konsert Minggu Pertama, Ayda Jebat Raih Markah Tertinggi!

Berita Trending: THSS: Kaka Azraff Kongsi Sebab Kenapa Tertarik Untuk Sertai Rancangan Ini - “Sesuai Dengan Misi Saya..”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024