Skip to main content

Selebriti

Bukan Sekadar Peneman, 7 Filem Ini Jadikan ‘Haiwan’ Sebagai Tarikan Utama

Bukan Sekadar Peneman, 7 Filem Ini Jadikan ‘Haiwan’ Sebagai Tarikan Utama

Sekilas

  • Artikel ini menyenaraikan tujuh filem popular yang menampilkan haiwan sebagai watak penting dalam jalan cerita, termasuk Stuart Little, Mojoku Hilang, dan Okja.
  • Filem-filem tersebut menggabungkan elemen keluarga, pengembaraan, dan mesej sosial melalui hubungan antara manusia dan haiwan.
  • Antara pelakon terkenal yang terlibat ialah Adipati Dolken dalam Mojoku Hilang dan Robert Downey Jr. dalam Dolittle, dengan filem-filem ini mendapat sambutan hangat di kalangan penonton.
Advertisement

Sejak dahulu lagi, haiwan sering menjadi elemen penting dalam sesebuah filem. Ada yang tampil sebagai peneman setia, ada juga yang menjadi watak utama dan ada yang sebagai pelengkap jalan cerita.

Berikut merupakan tujuh filem yang meletakkan haiwan sebagai antara watak paling penting dalam jalan cerita:

Advertisement

1. Stuart Little (1999)

Diadaptasi daripada novel kanak-kanak karya E.B. White, Stuart Little mengisahkan seekor tikus kecil yang diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Little. Gelagat Stuart bersama ahli keluarganya menjadikan filem ini antara naskhah keluarga yang cukup diingati sehingga hari ini.

2. Mojoku Hilang (2026)

Berbeza daripada filem lain, Mojoku Hilang menjadikan seekor lembu bernama Mojo sebagai pencetus kepada pelbagai konflik dan momen lucu.

Filem ini mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo selepas lembu tersebut 'diculik' oleh penduduk kampung bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi dan bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai.

3. Nina Lives (2016)

Nine Lives mengisahkan seorang ahli perniagaan yang terlalu sibuk mengejar kerjaya sehingga mengabaikan keluarga. Selepas satu kejadian misteri, dia terperangkap dalam tubuh seekor kucing peliharaan dan diberi peluang untuk memperbaiki hubungan bersama insan tersayang.


4. Dolittle (2020)

Dibintangi Robert Downey Jr., filem ini mengisahkan Dr. John Dolittle, seorang doktor veterinar yang memiliki kebolehan luar biasa untuk berkomunikasi dengan haiwan. Bersama rakan-rakan haiwannya, dia memulakan pengembaraan bagi mencari penawar demi menyelamatkan seorang permaisuri.


 

5. The Jungle Book (2016)

Filem aksi terbitan Disney ini mengisahkan Mowgli, seorang kanak-kanak yang dibesarkan oleh sekumpulan serigala di dalam hutan. Sepanjang pengembaraannya, dia ditemani pelbagai haiwan ikonik seperti Baloo si beruang dan Bagheera si harimau kumbang.


 

6. Paddington (2014)

Seekor beruang comel dari Peru mengembara ke London untuk mencari kehidupan baharu sebelum dipelihara oleh keluarga Brown. Sikapnya yang baik hati dan sering mencetuskan kekecohan menjadikan Paddington antara filem keluarga paling digemari ramai.


 

7. Okja (2017)

Filem arahan Bong Joon-ho ini mengangkat kisah persahabatan erat antara seorang kanak-kanak perempuan dengan seekor haiwan gergasi bernama Okja. Selain menyentuh emosi, filem ini turut membawa mesej mengenai eksploitasi haiwan, industri makanan dan isu kemanusiaan.



 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

MENOKIN 30 Seconds Quick Bubble Mask MOIST 95ml

MENOKIN 30 Seconds Quick Bubble Mask MOIST 95ml

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement