Jadi, berita Luna Maya kini kedekatan ama salah seorang adik-beradik pengusaha super tajir dari Malaysia, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin bukan satu rahasia.

Biar Luna mahupun Faisal belum memberi sebarang komentar, aktres yang terkenal agak tertutup soal peribadi kali ini dilihat langsung tidak menutup tindakannya yang galak ‘menyukai’ Faisal.

Faisal yang merupakan Pengerusi Eksekutif Naza World itu juga dilihat tidak menutup kedekatan mereka.

Gi mana aja khabaran manis ini mampu bertebaran?

Semuanya gara-gara tembak balas komentar di antara bintang tenar itu bersama laki-laki yang memegang status duda sejak tahun 2016 tersebut dalam Instagram mereka.

Faisal juga tidak menutup ruangan komentar serta saling berbalas komentar dengan Luna seakan sedang menikmati kedekatannya dengan aktres tinggi lampai itu untuk tatapan publik.


Sumber dari Instagram : Luna Maya & SM Faisal

Tindakan itu sekali gus menyemarakkan api syak wasangka warganet terhadap kedekatan mereka dengan mendoakan hubungan yang baru berputik itu kekal ke jenjang pelaminan.


Sumber dari Instagram : Luna Maya & SM Faisal

Ironi, Luna belum lama menjadi mantan kepada Reino Barack. Mereka putus pada September lalu. Sempat mengaku tidak tidur malam kerana kecundang cinta, nampaknya wanita berusia 35 tahun ini barangkali tidak mampu melelapkan mata kerana mabuk asmara.

Kini Luna mulu-mulu dikhabarkan mula mengait ‘asmara’ bersama Faisal.

Bentar! Kedekatan mereka bukan baru terjadi.

Ia bukan baru bermula dengan komentar yang ditinggalkan Luna dalam beberapa siri gambar Faisal termasuk tiga hari lalu. Faktanya si cantik ini terlebih dahulu dilihat menghabiskan masa di Bali bersama beberapa rakan lain bersama Faisal pada penghujung Oktober lalu.

Bukti kedekatan mereka dapat dilihat jelas dalam gambar yang dimuat naik Faisal sewaktu beliau bercuti ke Bali sebelum bintang filem seram Suzana Bernafas Dalam Kubur tersebut tidak segan-segan meninggalkan beberapa siri komentar yang mencuit perhatian warganet.

Nah, adakah pada kali ini busur panah cinta Luna tepat pada sasarannya? Kita nantikan apa kesudahan kemesraan Luna dan Faisal adakah hanya menjadi teman tapi mesra atau bakal berakhir di pelaminan.

Oleh : Maliah Surip