Nusantara

DJ Indonesia, Dinar Candy Jual Seluar Dalam Tak Dibasuh Dengan Harga RM13 Ribu, Ayah: "Asalkan Tidak Jual Diri"

Maliah Surip
31/10/2020
06:40 MYT
Seorang deejay (DJ) Indonesia, Dinar Candy menjadi viral baru baru ini selepas dia menjual dua helai seluar dalam yang belum dibasuhnya dengan harga yang cukup lumayan.
Menurut laporan media Indonesia, Dinar pertama kali menjual seluar dalam yang tidak dibasuhnya berwarna hitam pada harga Rp50 Juta atau RM13,000 pada bulan lalu.
Seluar dalam tersebut dibeli oleh seorang YouTuber, Bobby Stunt, yang mengaku membeli seluar dalam terpakai itu untuk tujuan pengisian di platform YouTubenya.
Setelah itu, Dinar menjual sehelai lagi seluar dalam berwarna merah yang sedang dipakainya sewaktu muncul di sebuah acara dan dibeli seorang komedian.
Seluar dalam tersebut dijual dengan harga Rp20 juta atau sekitar RM5,000.
Pemberitaan yang menjadi viral itu membuat orang kampung memarahi keluarganya yang menetap di Bandung.
Tak sedikit penduduk kampung berasa tindakan Dinar sebagai kurang sopan. Malah ada segelintir orang kampung yang datang bertemu dengan bapa perempuan berusia 27 tahun itu dan memarahinya.
Meski demikian, respons yang diberikan bapa Dinar iaitu Acep Ginayah Sobiri sangat santai.
Dia mengaku sedar dengan tindakan anak perempuannya yang menjual seluar dalam terpakai.
Malah Acep juga bergurau, mengatakan dia juga sudi menjual seluar dalam terpakainya dengan harga yang lebih murah.
"Banyak yang datang ke rumah dan cakap anak saya jual peha serta seluar dalamnya. Jadi saya pun bergurau.
"Saya katakan mahu menjual seluar dalam yang sedang dipakai dengan harga Rp10 juta (RM3,000)," katanya seperti dipetik dari Gempakid.
Dirinya juga mempunyai pandangan sendiri. Menurut Acep, menjual seluar dalam jauh lebih baik dibanding menjual diri.
"Asalkan tidak menjual diri. Jadi jual seluar dalam tak apa apa," ujar Acep.
Sebelumnya, Dinar mengatakan dia terpaksa menjual beberapa barangan peribadi miliknya termasuk seluar dalam terpakai selepas tujuh bulan tidak mempunyai pekerjaan kesan daripada pandemik Covid 19.
"Saya tidak mempunyai pekerjaan selama tujuh bulan, jadi saya terfikir menjual seluar dalam terpakai dan ada yang mahu membelinya.
"Saya ingatkan dia menipu (urusan di Instagram), tapi kemudian dia betul betul masukkan duit ke dalam akaun saya," kata perempuan tersebut.
Instagram: @dinar_candy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Hanya Pakai Kemeja Dan Seluar Dalam, Pelancong Wanita Ini Terpaksa Bertahan Atas Pokok 12 Jam

gempak
26/06/2024
06:55 MYT
Seorang pelancong dari China berkongsi pengalamannya menyelamatkan diri daripada banjir di Kenya, baru-baru ini, dengan berada di atas pokok selama 12 jam.
Viral

Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita

gempak
07/05/2024
06:55 MYT
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Laman Utama

“Tu Dia Pakai Spende Je Wei” - Pekerja Kedai Mamak Selamba Buat Kerja Hanya Berseluar Dalam!

gempak
07/11/2023
09:01 MYT
Tak tahu nak cakap apa
Laman Utama

Miu Miu Perkenal Seluar Dalam Berlabuci Harga RM4.6K, Netizen: "Nampak Pedih, Gatal"

gempak
01/10/2023
15:50 MYT
Mahalnya
Laman Utama

Hanya Berseluar Dalam & Bra, Influencer Dilarang Naik Kapal Terbang

gempak
19/08/2023
13:50 MYT
Seorang wanita disifatkan telah melampaui batas apabila mengadu dirinya dilarang menaiki kapal terbang kerana memakai busana cosplay