Jennifer Lopez dan kekasihnya, Alex Rodriguez resmi bertunang pada Sabtu (9/3/2019).
Berita gembira tersebut malah diumumkan sendiri oleh mantan bintang baseball berusia 43 tahun itu menerusi sekeping foto dengan dirinya memegang tangan J.Lo yang baru resmi menjadi tunangannya.
Di jari manis pelantun berusia 49 tahun itu, sebentuk cincin berlian menjadi simbolik kepada pertunangan mereka.
"She said yes," begitu ringkas caption yang ditulis Rodriguez dalam akun Instagramnya lewat pengumuman manis itu.
Dan ia pun dibalas dengan emoji hati berwarna merah oleh J.Lo yang turut mengunggah foto sama di akun Instagram miliknya.
Manajer J.Lo, Benny Medina, turut memberi konfirmasi mengenai pertunangan tersebut.
Selain banyak yang ikut gembira dengan pertunangan mereka, cincin berlian yang diberikan kepada pelantun If You Had My Love itu menjadi perbicaraan.
Cincin berlian berpotongan emerald tersebut dianggarkan bernilai Rp 14.2 Miliar. Dua orang ahli perhiasan iaitu Lauren McCawley dan Ira Weissman yang merupakan pendiri The Diamond Pro mengungkapkan nilai cincin tersebut mencapai sehingga Rp 14.2 Miliar.
"J.Lo begitu menyukai cincin yang dipilih Rodriguez untuknya," ujar satu sumber.
Dilansir dari E!News, lamaran yang dibuat adalah satu kejutan buat J.Lo.
"Dia memang tidak menyangka lamaran itu akan dilakukan Rodriguez saat mereka lagi liburan di Bahama.
"Dan tentunya Rodriguez berasa bahagia karena telah berjaya melakukannya (lamaran) tanpa dapat diketahui oleh J.Lo," imbuh sumber tersebut lagi.
Pasangan yang diberi julukan J-Rod itu telah menjalin hubungan asmara sejak tahun 2017. Sejak bersama, Rodriguez memang kerap menunjukkan kesungguhannya untuk memperistrikan J.Lo itu.
"Mereka memang dilamun asmara sejak di fase awal percintaan. Dia juga memang sudah mempamerkan sikap selalu bersedia untuk mengahwini J.Lo. Namun, J.Lo tidak menyangka lamaran itu akan dilakukan sewaktu mereka berlibur," ungkap sumber yang sama lagi.
Menurut sumber lain pula, pasangan itu telah membeli sebuah kediaman bersama di Malibu. Mereka mengungkapkan kalau kediaman itu akan menjadi kediaman baru buat mereka menghabiskan waktu bersama keluarga kelak.
Sumber: E! News
Instagram: Jennifer Lopez , Alex Rodriguez
Oleh: Maliah Surip
Gempak ID
Mon Mar 11 2019
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.