Perjalanan kumpulan JOKI terhenti apabila nama mereka diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu keempat Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3).

JOKI yang dianggotai oleh Gomok Gahai, Fuad Nasirr dan Beby Acha bagaimanapun akur dengan keputusan tersebut.

Selain JOKI, NGAM dan WISEL juga turut berada dikedudukan terendah.

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS3 di minggu keempat.

1. UBI - 60.70%

2. OOD - 51.36%

3. CILI - 36.04%

4. ARTEH - 34.85%

5. BAHROY - 33.63%

6. SELIT - 31.00%

7. NGAM - 30.85%

8. WISEL - 25.89%

9. JOKI - 25.68%

Sementara itu, UBI pula dipilih sebagai penerima Superstar Gempak of The Week dan sekaligus mempertahankan gelaran mereka dari minggu lalu.

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.

MLS3 menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.

MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022