Melepas masa lajang, berkahwin dengan belahan jiwa yang diidamkan sudah menjadi satu perjuangan yang menang.

Demi merealisasikannya, banyak pasangan akan menggelar sebuah pesta yang punya momen luar biasa untuk dikenang.

Sama ada ia digelar dalam sebuah majelis super mewah atau sederhana, namun semuanya pilihan peribadi.

Gempak.id mengutip beberapa selebriti dari Indonesia, Bollywood dan Hollywood yang berkahwin sepanjang tahun 2018, sekali gus paling menyita perhatian publik karena popularitas dan isi acara mereka.

1. Miley Cyrus, Liam Hemsworth


Sehari selepas dilaporkan berkahwin, Miley Cyrus menggugah foto dia berciuman dengan sang suami, Liam Hemsworth yang memberi konfermasi berita gembira tersebut.

Foto itu memperlihatkan keduanya sedang berciuman dengan mesra dengan caption: ”Ini mungkin satu dari jutaan ciuman kami.

Mereka berkahwin pada 23 Desember 2018 dalam suasana sederhana, jauh dari pesona glamor yang selama dijalani keduanya di kediaman milik Miley yang dibeli pada 2017 di Franklin, Tennessee.

Perkahwinan Miley dan Cyrus juga hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

Walau tidak banyak detail perkahwinan mereka diketahui, namun laporan media antarabangsa sempat menyebut kediaman perkahwinan Miley bernilai US Dollar 5.8 milliar!

Gaun pengantin pelantun itu juga dikhabarkan bernilai lebih US Dollar 8, 600 yang didesign oleh desainer kondang asal Inggris, Vivienne Westwood.

2. Priyanka Chopra, Nick Jonas



Perkahwinan pasangan selebriti ternama campuran Bollywood dan Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas pada 1 dan 2 Desember 2018 adalah antara yang menyita perhatian publik untuk tahun ini.

Selain kisah cinta unik Priyanka dan Nick yang tumbuh dengan sederhana tapi membuahkan hasil yang manis, popularitas mereka juga menjadi nilai tambah buat pasangan itu diberi perhatian.

Apa yang menarik mengenai perkahwinan mereka?

Nick dan Priyanka berkahwin dalam adat Kristiani dan Hindu di Istana Umaid Bhawan Jodhpur yang merupakan salah satu tempat mewah yang kerap digunakan pemimpin negara untuk menginap. Tarif penginapannya satu malam dilaporkan mencecah Rp 800 juta.

Yang turut menjadi buah mulut juga adalah gaun Priyanka karya Ralph Lauren, yang dihiasi dua juta lebih payet mutiara.

Pasangan dengan beda usia 10 tahun itu juga menjual foto keraian mereka secara eksklusif kepada majalah People.

Menurut timesnownews.com, Nick dan Priyanka menjual hak eksklusif foto perkahwinan mereka kepada majalah People sebesar US Dollar 2,5 juta atau senilai Rp 36 miliar.

3. Chicco Jerikho, Putri Marino


Apabila aktor Chicco Jerikho mengumumkan dia telah berkahwin dengan Putri Marino pada Sabtu, 3 Maret 2018, berita itu disambut dengan beragam respons, yang kebanyakannya patah hati.

Hal ini karena, kedua duanya memiliki fans yang besar dan kisah percintaan mereka tidak digembar gemburkan.

Perkahwinan mereka yang dilangsungkan di Bali, hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat dekat.

Mereka kini dikurniai anak perempuan yang diberi nama Surinala Carolina Jarumilind, melalui persalinan normal.

4. Sonam Kapoor, Anand Ahuja


Aktris tenar Bollywood, Sonam Kapoor akhirnya berkahwin dengan kekasihnya, pembisnis super tajir, Anand Ahujapada awal Mei 2018. Digelar selama tiga hari, acara itu berlangsung dengan mewah.

Selain lokasi perkahwinan mereka yang menjadi perhatian, terdapat banyak hal lain yang juga menangkap minat warganet.

Antaranya adalah tentang cincin perkahwinan Sonam yang dikhabarkan bernilai sekitar Rp 18,6 milliar.

Selain itu, Sonam juga dikabarkan membuat desain khusus untuk mangala sutra miliknya. Mangala sutra Sonam dihiasi dengan atribut tanda matahari dari Sonam dan Anand yakni Gemini dan Leo.

Pesta perkahwinan mereka juga dihadiri deretan bintang papan atas India termasuk Shah Rukh Khan dan Salman Khan.

Dilansir dari timesnownews.com pula, pasangan itu dilaporkan turut menjual foto perkahwinannya kepada Vogue India.

5. Maia Estianty, Irwan Mussry


Maia Estianty akhirnya membuang status janda anak tiganya untuk lebih 10 tahun dengan menikahi kekasihnya, Irwan Mussry.

Perkahwinan mereka pada 29 Oktober 2018 itu langsung terus menarik minat semua peminat karena pasangan itu menjalani percintaan di bawah radar, sesuai usia yang tidak lagi muda.

Pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Tokyo, Jepang hanya dihadiri oleh keluarga termasuk tiga anak hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmad Dhani, Al Ghazali, El Rumi, dan Dul Jaelani serta sahabat terdekat.

Instagram: Maia Estianty, Chicco Jerikho, Miley Cyrus

Oleh: Maliah Surip