Penyanyi, Aisha Retno diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu ketiga dalam pertandingan The Hardest Singing Show.

Aisha raih 94.55%

Pengumuman itu sekaligus menobatkan Aisha dikedudukan pertama dengan markah 94.55 peratus.

Dengan bertemakan Mega Dansa, Aisha menyampaikan lagu berjudul Sheeh nyanyi asal kumpulan K-Pop terkenal, Baby Monster.

Menariknya, untuk persembahannya kali ini Aisha hanya sempat berlatih sepenuhnya selepas tiba di Malaysia pada Ahad iaitu hari yang sama The Hardest Singing Show berlangsung.

Aisha sebelum ini berada di Jakarta untuk membuat persembahan di Java Jazz Festival.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Aepul tempat kedua & DeFam ketiga

Jika minggu lalu tempat pertama dimiliki oleh Aepul, namun kali ini dirinya terpaksa akur menduduki tempat kedua dengan markah sebanyak 93.25%.

Manakala DeFam pula menduduki tempat ketiga dengan markah 88.47%

Senarai markah penuh

Berikut merupakan markah penuh untuk minggu ketiga The Hardest Singing Show:

The Hardest Singing Show dihoskan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu tanggungjawab sebagai juri profesional pula disandang oleh Edry Abdul Halim, Zizan Razak dan Datuk Seri Rossa.

Masing-masing merupakan komposer, penyanyi, pelawak dan pelakon yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni.

Jangan lupa saksikan The Hardest Singing Show setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Program ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu.

The Hardest Singing Show ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show pula bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

The Hardest Singing Show menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Penerbitan The Hardest Singing Show diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

• Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

• Juara The Hardest Singing Show akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

• Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu The Hardest Gempak Meter pada setiap minggu.

• Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

• Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.