Skip to main content

Selebriti

Ingin Tahu Persepsi Umum, Fouziah Gous Terkejut Terima Banyak Respons - “Tak Jangka Korang Balas Dengan Pandangan Saya ‘Artis’ Tapi…”

ASTROGEMPAK FouziahGous

Sekilas

  • Datin Fouziah Gous meminta pandangan jujur wargamaya mengenai dirinya melalui perkongsian di Threads.
  • Ramai memuji sikap peramahnya, namun ada juga yang berpendapat dia kelihatan agak ‘kekwat’ atau berlagak.
  • Fouziah menjelaskan dia sudah lebih 10 tahun tidak aktif dalam lakonan dan kini fokus pada perniagaan serta menjaga batas pergaulan.
Advertisement

Perkongsian pelakon Datin Fouziah Gous di Threads yang meminta pandangan jujur memgenai dirinya meraih perhatian ramai. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, Fouziah berkata dia terbuka untuk menerima apa saja pandangan orang terhadap dirinya. 

 

“Jujur… sejujur-jujurnya. Korang rasa I ini jenis macam mana dari segi yang korang nampak. I takkan ambil hati kalau pandangan korang tak baik. Saya sangat terbuka. Hanya nak tahu dari segi pandangan umum,” tulisnya.

 

Rata-rata wargamaya memuji sikap peramah Fouziah selain masih ingat iklan rambut yang pernah dilakukannya sebelum berhijab. 

Advertisement

 

Bagaimanapun, tidak kurang juga segelintir netizen yang berpendapat Fouziah kelihatan agak ‘kekwat’ atau berlagak berdasarkan persepsi mereka.

 

Menerusi perkongsian lain, Fouziah mengakui dia tidak menjangkakan akan menerima banyak respons daripada wargamaya memandangkan dirinya tidak lagi aktif dalam dunia seni. 

 

“Saya bukan aktif dalam industri lakonan pun. Dah lebih 10 tahun tak berlakon. Hanya tujuh tahun lalu ada la ambil watak hanya untuk memenuhi permintaan itu pun sikit saja. 

“Jadi saya tak jangka untuk korang balas dengan pandangan saya ‘artis’. Tapi itulah benda kena bayarkan sebagai anak seni walaupun aktif atau tidak aktif. 

 

“Sejujurnya saya tanya sebab hanya tertanya-tanya dah 13 tahun saya tak aktif dalam industri dan seratus peratus fokus uruskan perniagaan sendiri,” katanya. 

 

Dalam masa sama, Fouziah turut menjelaskan dirinya seorang yang menjaga batas pergaulan dan menganggap dirinya banyak kekurangan. 

 

“Juga seorang yang memang tak pernah lagi hurey-hurey dengan kawan-kawan tanpa ada suami atau ahli keluarga. Yang baik itu pasti dari Allah SWT, kalau yang buruk itu maaf daripada saya yang banyak kurang. 

 

“Tiada lagi manusia dalam dunia ni sempurna dan boleh puaskan semua orang tapi seharusnya kita kena sentiasa sedar diri atas segala kekurangan. Thank you korang yang komen,” tulisnya lagi. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

Must Watch Video

Advertisement