,
gaya hidup

10 Jenis TRAVEL BUDDIES Yang Mesti Kita Elakkan – Paling Tak Boleh Orang Yang Kedekut, Lambat Etc...

Afiza Kamarulzaman
13/10/2021
11:37 MYT
Dah boleh rentas negeri, pasti ramai yang sudah buat perancangan untuk balik ke kampung dan pergi bercuti. Selain rindu nak jumpa mak ayah, teruja juga nak bersama teman-teman percutian menghabiskan masa santai bersama.
Namun, dalam kira-kira itu, pastikan kamu pilih teman berpergian yang senang dibawa bincang dan tak bagi masalah sehingga buat kamu boleh ‘naik darah’. Ada kawan boleh dibuat bersahabat tapi bukan untuk bercuti bersama.
Jom, tengok 10 jenis travel buddies yang wajar ditinggalkan daripada mengikut rombongan percutian kita kalau tak mahu sakit hati.
  1. Kedekut – atau berkira. Ini yang paling tak boleh ‘blah’. Kalau sudah berkongsi percutian, mestilah kena kongsi kurang dan lebih. Kata orang sama-samalah ‘tong tong’ supaya tak rasa kita saja yang ‘terkena’. Ada je manusia yang makan pun berkira, sanggup rasa kawan punya, tapi dia sendiri tak mahu beli. Aduh! Tak nak keluar duit, baik tak payah bercuti.
  1. Lambat – kalau sudah bercuti ramai-ramai, disiplin diri kenalah dijaga sikit. Memanglah bercuti untuk santai-santai dan relaks, tapi bukan bermakna kamu boleh bangun tidur ikut suka hati atau turun bilik ikut suka hati. Kalau sudah ada agenda yang dipersetujui semua ahli kumpulan, sebaiknya hormati.
  1. Nak ikut cakap dia je – dia ingat dia taja semua kos percutian nak kena ikut semua kepala dan kehendak dia? Memang makan hatilah kalau ada travel buddy yang sebegini. Dia mahu semua ikut cara dia, mana boleh!
  1. Pemalas – malas maksudnya di sini, ajak buat apa semua tak nak. Ajak berjalan kejap dah nak balik. Ajak masak beramai-ramai, dia hanya join waktu makan. Haaa, macam tulah!
  1. Asyik complaint – kalau hari-hari biasa pun memang perangainya suka complaint, itu ini serba tak kena, baiklah jangan diajak berjalan. Semua benda tak betul, ada saja yang nak dirungutkan sampai kita pun jadi bingit. Makanan tak sedaplah, penatlah, hotel tak selesalah! Emmm...
  1. Kuat sentap/sensitif – okey, bye!
  1. Selfish – sikap pentingkan diri ni di mana-mana pun orang tak suka. Apa-apa pun, dia nak dulu, dia nak lebih, tak fikir orang lain. Dalam erti kata lain, tiada sikap setia kawan. Lepas tekak sendiri orang kata.
  1. Tak sporting – apabila kita pergi ke sesuatu tempat itu, mesti nak rasa pengalaman baru, kan? Ada orang yang jenis tak mencabar. Kalau tak biasa buat, dia tak mahu lagsung mencuba. Ala, tak syok lah kan?
  1. Tergedik-gedik – Macam mana nak explain ya? Mungkin ada orang okey kot layan kawan yang mengada-ngada atau asyik ‘mengenyeh’ saja. Tapi, penulis cannot lah. Hahaha...
  1. On Phone 24/7 – memanglah telefon sekarang item penting walau di mana kita berada tapi kalau sedang makan-makan dan berbual sesama sendiri pun, tangan dan mata masih fokus pada telefon, baik duduk rumah buat video call saja. Apabila pergi bercuti bersama teman-teman, kena lebih ‘real’, baru puas hati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

"Bila Saya Dah Jadi Model, Ramai Nak Mengaku Kawan" - Nia Atasha

gempak
09/09/2024
04:55 MYT
Model dan pelakon, Nia Atasha bersetuju dengan istilah ‘beauty privilege’ iaitu individu mempu­nyai paras rupa cantik atau tampan akan mendapat perhatian lebih berbanding yang berwajah ‘biasa-biasa’.
Berita

Remaja Lemas Ketika Mandi Sungai Bersama Rakan

gempak
23/08/2024
03:31 MYT
Kegembiraan tujuh sekawan mandi di Sungai Terengganu di Kampung Batin di Seberang Takir, Terengganu, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas petang semalam.
Hiburan

Hadir Ke Konsert Dolla, Angel Nafi Jalin Hubungan Dengan Amir Ahnaf - “Dia Kawan Saya”

gempak
06/08/2024
14:26 MYT
Kemunculan Amir Ahnaf di konsert “DOLLA RE:BIRTH THE EXPERIENCE” pada 3 Ogos lalu di Zepp Kuala Lumpur telah menimbulkan persoalan tentang hubungan mereka.
Hiburan

Digosipkan Sedang Bercinta, Adib Banana Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Iman Troye

gempak
05/08/2024
09:55 MYT
Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye, pempengaruh media sosial Adib Bananadibs tidak menafikan sedang berkawan rapat.
Unitar