Read

10 Makanan dan Minuman Ini Buat Kamu Lekas TUA – Jangan Terkejut Makan PEDAS Pun Tersenarai. Biar Betul?

gempak
Afiza Kamarulzaman
24/07/2020
14:30 MYT
Sponsor Banner
10 Makanan dan Minuman Ini Buat Kamu Lekas TUA – Jangan Terkejut Makan PEDAS Pun Tersenarai. Biar Betul?
1. Makanan manis - Apabila kita mengambil gula lebih daripada yang dapat disintesis oleh sel, molekul gula yang berlebihan akan berikatan dengan protein dan menyebabkan proses yang mempengaruhi kolagen kulit (protein yang mempegaruhi keanjalan kulit dan awet muda). Gula juga merosakkan gigi.
2. Daging Hangus – bahagian hangus pada daging yang dipanggang mengandungi hidrokarbon pro-radang yang menyebabkan kerosakan kolagen kulit.
3. Makanan masin – makanan yang tinggi garam menakung air dan menyebabkan ‘bengkak air’. Makanan bergaram juga menyebabkan menjadi kering. Kulit kering penyumbang penuaan kulit.
4. Daging proses – sosej, daging burger dan sebagainya mengandungi sulfit dan pengawet lainnya yang menyebabkan keradangan kulit dan mempercepatkan penuaan kulit. Kebanyakan makanan ini mengandungi tinggi garam.
5. Trans Fats – selain menyumbang kepada masalah hati, lemak ini juga menyebabkan kulit lekas menua kerana merangsang radang kulit. Ia juga mejadikan kulit lebih bterdedah kepada sinar UV. Jadi, elakkan produk yang mengandungi hydrogenated oil pada label.
6. Daging merah - Daging berlemak menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang mempunyai satu elektron dan bukannya dua, yang menjadikannya tidak stabil dan rentan terkena elektron dari molekul lain. Radikal bebas mempengaruhi keupayaan kulit untuk melindungi dirinya dan menghasilkan kolagen.
7. Makanan pedas - makanan pedas memburukkan lagi rosacea (bintik) dan boleh menyebabkan kerosakan ketika menopaus yakni apabila saluran darah di kulit lebih reaktif.
8. Minuman tenaga – ia mungkin memberikan tenaga tetapi turut merosakkan gigi yang menjejaskan penampilanmu.
9. Kafein – kandungan kafein dalam minuman boleh menyebabkan kekeringan kulit yang mempercepatkan garis dan kedutan muncul pada kulit.
10. Jus lemon bergula – lemonade boleh merosakkan enamel gigi, apatah lagi jika ditambah gula. Jadi, jika mahu diminum juga, pastikan kamu berkumur selepas meminum air ini. Tunggu sekurang-kurangnya satu jam sebelum memberus gigi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024