Highlights

10 Petua PUTIHKAN Kulit. Tak Tahulah Jadi Ke Tak? Tapi Lebih Baik Daripada Pergi Cucuk, Kan?

gempak
Afiza Kamarulzaman
19/08/2020
14:45 MYT
Sponsor Banner
10 Petua PUTIHKAN Kulit. Tak Tahulah Jadi Ke Tak? Tapi Lebih Baik Daripada Pergi Cucuk, Kan?
Kredit Foto: Google
  1. Jus limau adalah agen pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid buah yang melunturkan kulit sedikit dan mengupas lapisan atas sel kulit yang gelap. Caranya ialah campurkan perahan limau dengan air suam. Ambil kapas dan sapukan hasil campuran perahan jus limau pada kulit. Biarkan selama 10 ke 15 minit , kemudian cuci dengan air suam. Amalkan empat kali seminggu.
  1. Buat masker tepung kacang kuda: Tuang suku cawan tepung kacang kuda ke dalam mangkuk. Tambahkan jus lemon atau susu secukupnya untuk membuat pes yang pekat. Pupurkan pada wajah untuk beberapa minit sebelum dibilas bersih.
Kredit Foto: Google
  1. Cuba masker kunyit. Tuang satu sudu besar kunyit ke dalam mangkuk. Tambahkan jus lemon atau susu secukupnya untuk membuat pes yang pekat. Pupur pada wajah dan biarkan untuk beberapa minit sebelum dibilas bersih.
  1. Campurkan 1 sudu gula pasir ataupun gula perang dengan pencuci muka yang biasa anda pakai. Campurkan sesudu gula pasir atau gula perang dengan pencuci muka kamu. Sapukan campuran tersebut ke muka. Sambil menyapu, urut kulit muka secara membulat sekitar lima ke10 minit. Biarkan seketika dalam 10 minit sebelum dibilas bersih.
Kredit Foto: Google
  1. Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan satu sudu madu lebah bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga semua campuran menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah dan biarkan ia mengering dengan sendiri. Setelah itu barulah dibilas dengan air hingga bersih.
  1. Buat masker timun dengan kisar timun sehingga halus. Kemudian tambahkan jus limau nipis dan gaul dengan putih telur sehingga kembang. Sapukan di seluruh wajah sehingga 20 minit. Akhir sekali, bilas dengan air suam.
Kredit Foto: Google
  1. Masukkan putih telur ke dalam mangkuk, gaul sehingga putih telur terbentuk seperti pasta. Cuci wajah sehingga bersih dan lap sampai kering. Kemudian sapukan putih telur yang digaul tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih.
  1. Kisar buah betik sehingga lumat. Ambil kisaran betik tadi disapukan pada wajah. Biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.
Kredit Foto: Google
  1. Kisar tomato sehingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan sehingga menjadi kiub ais. Setiap kali lepas mandi, ambil satu kiub dan sapukan ke seluruh wajah. Ia bukan sahaja akan memutihkan kulit malah membantu menutup pori-pori yang terbuka.
  1. Belah aloe vera sehingga isinya yang putih jernih kelihatan. Sapukan aloe vera ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live