gaya hidup

10 Tanda Kita Seorang Yang Toksik – Cuba Semak, ‘Kena’ Atau Tidak? Kalau Ada Tu, Perbaiki Okey.

gempak
Huda Hussain
27/10/2021
04:13 MYT
Sponsor Banner
10 Tanda Kita Seorang Yang Toksik – Cuba Semak, ‘Kena’ Atau Tidak? Kalau Ada Tu, Perbaiki Okey.
Lumrah dan fitrah sifat manusia. Takkan pernah berasa cukup apa yang ada, itu tak kena, ini tak kena. Ada sahaja nak diluah. Dan media sosial jadi medan melampiaskan segala rasa. Suka, duka, hingga ada yang tak segan silu mencerca.
Berdasarkan muat naik seorang pengguna Facebook ini, ada kewajaran untuk kita bersandar seketika. Tenung dan renung ke dalam diri adakah kita sendiri punya salah satu ciri atau mungkin separuh atau barangkali semua sifat toksik yang disenaraikan.
10 Tanda Kita Seorang Yang Toksik Hati-hati meninggalkan komen di sosial media. Fikir baik-baik apa kita nak tulis. Jangan sampai orang label kita sebagai seorang yang toksik. Macam mana nak tahu kita ni toksik ke tak?
1. Kita Suka Beri Komen Sarkastik Jika kita sentiasa nak komen secara sarkastik, dan menganggap itu komen begitu sebagai sesuatu yang bijak, maka hati-hati. Tidak semua benda sesuai dibuat secara sarkastik. Kalau berlebihan, ia akan menampakkan kita seperti kurang ajar.
Kredit Foto: Google
2. Semua Benda Adalah Pertandingan Kalau baca tentang kepayahan orang, kita sibuk nak cerita kita hidup lebih payah. Kalau baca tentang pencapaian orang, kita sibuk nak cerita pencapaian kita lebih tinggi. Kurangkan perlekehkan orang lain , atau menyanjung diri sendiri.
3. Semua Perkara Kita Jenakakan Kelemahan orang kita jenakakan. Kesusahan orang kita lawakkan. Usaha orang kita ketawakan. Sampai perkara sensitif pun kita parodikan. Bahaya! Pastikan apa yang kita rasa kelakar tu, tak mencetuskan kemarahan dan kebencian.
4. Kita Nak Perbetul Semua Orang Ada sahaja benda kita nak ulas. Itu salah, ini salah. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini. Jika kita kerap sangat rasa orang tak pandai sedangkan kita sendiri pun bukan ahli(pakar) dalam bidang itu, maka kena muhasabah diri.
5. Gemar Lihat Orang Kesusahan "Padan muka! Memang patut pun mereka kena celakaan ini. Orang macam ni, lebih baik mati." — kalau fikiran begini sentiasa berlegar dalam minda kita, dan suka bersorak pada musibah yang menimpa seseorang, maka kita bawalah bertaubat.
Kredit Foto: Google
6. Seronok Sebar Kelemahan Orang Kalau ada nampak perkara yang mengaibkan, cepat sahaja kita nak tekan butang "share", laju sahaja kita nak kongsi di grup WhatsApp, lekas sahaja kita nak beritahu kawan-kawan, maka kita tergolong dalam geng toksik.
7. Semuanya Pasal Hak Kita Asyik-asyik cerita pasal hak dan kepentingan kita sendiri. Tak pernah fikir pasal hak dan kepentingan oramg lain. Kadang-kadang kita kena tahu, di dunia ni bukan ada kita sahaja. Kita kongsi dengan orang lain. Jadi kena fikirlah juga kebajikan orang lain.
8. Suka Perlekeh Soalan Orang Bila nampak orang tanya soalan (yang mana kita tahu jawapannya), kita anggap soalan itu soalan bodoh. Lebih teruk lagi, kita anggap orang yang soal tu adalah orang bodoh. Seharusnya, kalau kita tahu jawpan, kita jawablah, bantu si penyoal.
Kredit Foto: Google
9. Berbohong Untuk Menguatkan Hujah Kita suka betulkan orang, kita suka kecam orang, dan bila orang melawan, takkan kita nak mangalah. Mestilah nak lawan. Kadang-kadang, bila dah namoak nak tewas, mulalah kita mengada-adakan cerita yang tak ada. Hentikanlah menipu, untuk menang.
10. Kuat Cemburu dan Iri Hati Tengok orang senang, kita sakit hati, dan mula bersangka-sangka buruk pasal orang itu. Tengok orang disukai, kita mula rasa benci, dan cakap-cakap buruk pasal orang itu. Sepatutnya, kita bersainglah dengan orang itu secara sihat. Kan?
Okey, ni sahaja dahulu. Jika kita ada tanda-tanda ni, maka sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita berubah dan perbaiki diri. Sama-sama kita usaha untuk tidak menjadi orang yang toksik
Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024