Adat bekerja, mulanya bersemangat tetapi lama-kelamaan kian pudar semangat itu. Dan oh, bukan itu sahaja. Kerenah politik di pejabat, dilema si dia yang tak buat kerja hanya pandai bermain kata yang dapat nama adalah antara senario biasa yang dialami di mana-mana tempat kerja. Tetapi yang membezakan adalah sejauh mana kita benar-benar ikhlas dan jujur dalam bekerja. Keberkatan gaji itu pasti dirasai andainya kita pasakkan niat bekerja kerana-Nya juga tidak mencampuri urusan yang bukan dalam ruang lingkup kita. Tak perlu ‘busy body’ bak kata kebanyakan orang. Dan perkongsian Siti Suryani Yaakop atau dikenali dengan #kaknis ada benarnya. Biarpun pedas dan lantang tetapi itulah realitinya.
Jadi pekerja kalau nak bahagia:
  1. Jangan Cakap Kecuali Awak Ditanya
Sebab orang atasan ni ada dua. Kena kenal awak punya yang bagaimana. Pertama yang suka anak buah yang banyak idea. Tapi sayang, jenis ni tak banyak kat luar sana. Yang banyaknya kalau awak cakap lebih dia ingat awak memandai-mandai. Walau ya, memang awak lebih pandai. Takpa. Buat je bodoh.
Kredit Foto: Google
  1. Buat Kerja Awak Baik-baik Sebab Awak
Sebab awak nak puas hati sendiri. Biasa kalau awak bagus sangat ada dua benda yang boleh jadi. Satunya orang atasan puji. Tapi maaf, ni tak ramai di dunia realiti. Banyaknya dia tak bagi awak kerja tu lagi. Takut awak lebih hebat dari dia lain kali.
  1. Jangan Campur Politik Pejabat
Pergi kerja, ‘punch’, makan, buat kerja, rehat, buat kerja, balik. Orang suruh, buat. Orang tak suruh, diam. Nampak orang cakap hal yang sampai kiamat pun awak tahu memang tak boleh diubah, jangan campur. Tenang is good.
  1. Jangan Lawan
Memang walau awak rasa kalau boleh nak jadi hero macam cerita Tamil bahawasanya awak mampu membawa perubahan. Kalau rasa nak lawan juga, telan air liur. Pahit kan? Begitulah awak kena tahu akibatnya.

Kredit Foto: Google
  1. Sedia Terima Kalau Tak Dihargai Seperti Sepatutnya
Tak mengapa. Kadang balasan tu memang bukan di tempat kerja. Tapi diganti dengan punya keluarga yang solehah, kawan yang baik, urusan yang dipermudah, hati yang tenang.

Kredit Foto: Google
  1. Kalau Orang Nak Jatuhkan Kita, Silakan
Nak usik kerja kita, nak tunjuk dia lebih hebat dari kita, nak ambik posisi kita, burukkan kita, silakan. Ambiklah berapa banyak dia mahu. Kita tak rugi apa. Tak apa. Allah ada. Jangan pernah kita lupa.
  1. Baca Buku
Kalau awak lapang, dari berbual kosong baik awak baca buku. Baca buku menambah ilmu. Menambah daya fikirmu. Biar otak fikir benda lain yang lebih bermutu.

Kredit Foto: Google
  1. Kerja Itu Ibadah
Betul. Jadi buatlah sebagai ibadah. Sebab Allah suruh. Bukan sebab siapa-siapa. Bukan sebab apa-apa. Orang yang benar jujur Lillahitaala, Allah sendiri akan angkat kedudukan dia tanpa perlu susah-susah dia nak jual nama.
  1. Banyak Belajar ‘Shield’kan Telinga
Orang mengumpat, orang kata, orang keji, orang hina. Masuk kiri keluar belah kanan sana. Jangan singgah masuk ke dalam hati. Nanti kelak makan diri.
  1. Doakan
Pada orang yang berbuat benar dan baik moga Allah bagi sebaik-baik balasan. Pada orang yang buat onar semoga Allah bagi sebaik-baik balasan. Sama? Ya. Sama je. Kenapa sama? Simple. Sebab kita bukan dia.